Isnin, 19 Ogos 2013

Gempar : KEDIAMAN PELAJAR KEDAH DI MESIR DICEROBOH. #1Malaysia #rakyatnews #pray4egypt #EgyptMassacre #egypt




Pelajar Kedah yang menginap di asrama Kedah di Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir berjaya menangkap dua lelaki tempatan yang menceroboh masuk ke asrama berkenaan ketika negara itu sedang berdepan dengan pergolakan dan rusuhan.

ALOR SETAR, 19 Ogos: Kejadian berlaku jam 11 malam waktu tempatan dua hari lalu apabila suspek menceroboh masuk ke dalam asrama bertujuan untuk mencuri.

Tindakan tersebut disedari beberapa pelajar yang kemudian menahan kedua-dua suspek di dalam asrama berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak Polis Mesir, keesokan harinya.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, beliau telah mengarahkan Yayasan Islam Negeri Kedah menempatkan pengawal keselamatan swasta bagi mengawasi asrama berkenaan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah, PHEPKTT sentiasa memantau perkembangan pelajar Kedah di sana.

“kita pantau dengan begitu dekat sekali, dengan laporan setiap hari dan saya telah maklumkan kepada pelajar-pelajar yang sepatutnya ke Mesir dan juga waris-waris mereka bahawa oleh kerana keadaan ni maka kita mintak mereka bersabar sebelum kita hantar mereka ke sana. Kita tak mahu mendedahkan pelajar-pelajar kita dengan keadaan yang begitu ganas yang dilaporkan dalam media” Kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan surat tawaran pinjaman pelajaran kepada pelajar tajaan Yayasan Islam Negeri Kedah sesi 2013/2014 ke Mesir dan Jordan di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini, seramai seribu 111 orang pelajar dari Kedah menyambung pengajian di negara itu.

"791 orang daripada jumlah pelajar tersebut masih berada di negara itu manakala 390 daripadanya sudah pulang ke Malaysia kerana bercuti." Katanya.

Pihak PHEPKTT turut menyediakan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi bagi menampung keperluan pelajar.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa atau waris pelajar agar tidak bimbang kerana Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjamin keselamatan para pelajar di Mesir.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan surat tawaran pinjaman pelajaran kepada pelajar tajaan Yayasan Islam Negeri Kedah sesi 2013/2014 ke Mesir dan Jordan di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Terdahulu dalam ucapannya, Datuk Mukhriz berharap pihak yayasan dapat menaja lebih ramai pelajar perubatan wanita ke Timur Tengah.

Ia bagi menampung permintaan yang tinggi terhadap doktor wanita dalam bidang sakit puan atau perbidanan. –Berita RTM Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah