Sabtu, 10 Ogos 2013

Gempar !! Tentera cedera ditembak berhampiran sempadan keselamatan Malaysia-Thailand. #1Malaysia #rakyatnews @PDRMsia


Seorang anggota tentera dibawa masuk ke wad selepas dirawat di unit kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dekat Kangar, Sabtu. Mangsa terkena tembakan ketika bertugas mengawal kawasan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di Pos N9 Bukit Kayu Hitam kira-kira jam 4.30 pagi Sabtu. Mangsa yang berpangkalan di Markas II Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sungai Ara II Pulau Pinang, berasal di Gua Musang, Kelantan. Mangsa terkena enam das tembakan iaitu dua pada paha kanan,satu pada paha kiri dan tiga pada bahagian belakang.

Seorang anggota tentera cedera selepas ditembak di bahagian belakang oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali berhampiran sempadan keselamatan Malaysia-Thailand kira-kira 50km dari Alor Star.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.00 pagi Sabtu berhampiran pagar yang memisahkan kedua-dua negara jiran.

Anggota tentera yang cedera telah dikenal pasti sebagai Mohd Azam Rudin Azizan, 26, dari Rejimen Askar Melayu Diraja ke-2 yang berpangkalan di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Beliau bertugas membuat rondaan dengan anggota rejimen lain dengan motosikal di sempadan.

The Star difahamkan, beliau dan rakannya mendapati laluan berpagar di kawasan tersebut telah diceroboh dan selepas Mohd Azam bergerak ke hadapan daripada membaiki pagar yang rosak beliau ditembak dari belakang.

Beliau mengalami tiga luka akibat tembakan di belakang dan dikejarkan ke Hospital Kangar pada pukul 6.00 pagi untuk rawatan.

Keadaan beliau dilaporkan stabil. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya mengesahkan mengenai kejadian itu. "Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes tembakan itu," kata Mohd Nashir yang enggan mengulas lanjut kerana "sebab-sebab keselamatan". Mstar

KK : kadar jenayah yang semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah terbaik bagi menanganinya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah