Jumaat, 16 Ogos 2013

Hebat !! #RakyatDidahulukan : Nedim Nazri Aziz Pegawai Khas Kementerian Pelancongan.

Rezeki dan tuah orang lain-lain. Ada kalangan penjawat awam bersusah payah mempersiapkan diri untuk temuduga dan ada juga yang terpaksa menjalani latihan fizikal bagi mendapatkan jawatan dalam sektor kerajaan. Itu pun belum jaminan untuk diterima masih disebabkan kriteria ketat yang telah ditetapkan melalui SPA. Tetapi tidak….

Untuk Nedim Nazri Aziz apabila telah "berjaya" dilantik menjadi pegawai khas Kementerian Pelancongan Malaysia baru-baru ini.

Lantikan Nedim Nazri Aziz Hak Saya

Nazri: Hak mutlak menteri tak boleh dipersoal

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata hak mutlak beliau sebagai seorang menteri untuk melantik kakitangannya tidak boleh dipersoalkan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung anaknya, Nedim, yang disenaraikan sebagai seorang "pegawai khas" di kementeriannya.

"Ia kementerian saya, saya boleh letak nama sesiapa sahaja," kata Nazri kepada pemberita. "Dia anak saya dan saya gembira kerana lantik dia sebagai pegawai khas saya," katanya.

Nazri berkata anaknya tidak terlibat dalam kerja-kerja kementerian dan hanya membantu beliau mengatur acara untuk beliau berhubung dengan pengundi muda di kawasannya.

Sumber : Bernama

"I can call him errand boy or office boy, if that would please people. I am paying him, not the government," he told The Malaysian Insider

Geleng kepala apabila kadang-kadang memikirkan kenyataan yang dikeluarkan oleh kalangan menteri pilihan Datuk Seri Najib Razak. Jikalau gaji dibayar oleh Nazri Aziz sendiri, kenapa dan mengapa perlu diletakkan nama anaknya di portal rasmi Kementerian Pelancongan Malaysia? Siapa dengan jawatan pegawai khas lagi. Lagi satu jika tidak terlibat  tidak terlibat dalam kerja-kerja kementerian, tidak perlu war-warkan kepada seantero dunia yang anak anda bekerja di bawah kementerian anda tetapi gaji dibayar sendiri.

Adakah selepas ini rakyat Malaysia boleh melihat lantikan Nora Danish sebagai Duta Pelancongan Malaysia.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah