Isnin, 12 Ogos 2013

#HinaIslam : Surau 'tokong' sampai bila Melayu nak jadi 'joker'. #fb #rakyatnews #1Malaysia @inspirasiislami

Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan siasatan ke atas satu kejadian melibatkan penganut Buddha yang didakwa melakukan upacara keagamaan di sebuah surau di sebuah resort di Kota Tinggi.

Exco hal ehwal agama negeri Abd Mutalib Abd Rahim dalam laporan Berita Harian hari ini menyebut, peguatkuasa JAJ diarah menyiasat dan mengunjungi lokasi kejadian, di Sedili Besar, sebelum melakukan tindakan.

JAJ bersama penduduk kampung menutup dan mengosongkan surau terbabit untuk memberi ruang bagi siasatan, katanya dalam laporan itu.

Laporan itu turut memetik kenyataan penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut yang menyifatkan kegiatan kontroversi itu sebagai "mengguris perasaan" dan "menghina Islam".

"Kita perlu lebih tegas dfengan menggunakan undang-undang yang ada termasuk menyenarai hitam kumpulan terbabit daripada memasuki negara ini semula.

"Perkara ini tidak sewajarnya berlaku. Mereka perlu faham undang-undang Malaysia kerana tindakan itu bukan saja mengguris perasaan, malah menghina Islam," katanya.

Kejadian berkenaan dikesan melalui satu video di Youtube, saksikan di sini http://kamerakupang.blogspot.com/2013/08/isu-suara-dijadikan-tokong-jangan.html?m=1. menunjukkan lebih 10 orang sedang menyertai satu upacara yang diketuai seorang individu berpakaian jubah berwarna oren di lokasi berkenaan.

Kumpulan berkenaan ditunjukkan berada dalam keadaan duduk mengadap satu objek yang didirikan dalam di depan, di ruang tengah dalam surau tersebut.

Video dimuatkan oleh pengguna Youtube yang menggunakan nama 'Sebastianphiu' itu turut menunjukkan hiasan tulisan dalam bahasa Arab di dinding surau terbabit,.

Video sepanjang 1 minit 25 saat yang dikesan dimuatkan dua hari lalu kini ditonton lebih 10,000 orang, setakat hari ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah