Rabu, 21 Ogos 2013

Isu CCRIS: YB @Khairykj Cuba 'Melawan' Arus. peminjam PTPTN 'Dibela' #BN4Malaysia #NajibMyPM @im4uMsia #rakyatnews #1Malaysia


Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam dibawah CCRIS. Terima kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda.

Jika sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menolak cadangan kerajaan untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar.
 
Sebaliknya, Menteri Belia dan Sukan itu menggesa Putrajaya supaya menggunakan mekanisma sedia ada untuk mengutip balik semula pinjaman PTPTN.
 
"Pergerakan Pemuda Umno tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan, yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.
 
"Pada pandangan Pemuda Umno, Kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan," kata Khairy dalam satu kenyataan hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh semalam yang mengatakan PTPTN akan melaksanakan penyenaraihitaman peminjam PTPTN yang ingkar kepada CCRIS, bermula bulan ini.
 
Menerusi langkah itu, peminjam PTPTN yang ingkar akan menerima kesan dalam kemudahan institusi kewangan seperti permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli kenderaan dan rumah.
 
Katanya lagi, Putrajaya juga perlu menimbangkan situasi semasa peminjam PTPTN.
 
"Bahkan, keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam," tegasnya lagi. antarapos.

KK: Memang sukar hidup dalam 'CCris'.....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah