Sabtu, 17 Ogos 2013

Jangan Kibar Jalur Gemilang Hanya Untuk Simbolik - @NajibRazak @MukhrizMahathir #Merdeka56 #KEDAHAMANMAKMUR


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mengibarkan jalur gemilang dengan pengertian sepenuhnya menunjukkan semangat patriotik serta melambangkan kedaulatan dan jati diri negara.

Selain itu tema Hari Kebangsaan tahun ini "Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku" membawa pengertian yang cukup mendalam, katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan 2013 di Dataran Zero di sini malam Jumaat.

"Oleh itu jangan kibarkan bendera tanpa pengertian yang mendalam. Pengertian mendalam perlu kita terjemahkan bukan hanya kibar Jalur Gemilang tetapi melalui tindakan kita dan perbuatan kita yang terbit daripada hati nurani yang cintakan negara kita," katanya.

Perdana Menteri berkata Jalur Gemilang telah berkibar selama 63 tahun sejak 1950 dan telah menyaksikan Malaysia berubah daripada sebuah negara kecil, miskin dan tidak dikenali untuk menghampiri ambang status negara maju.

"Kalau setiap daripada kita bernama rakyat, dan bergelar warga negara sanggup mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara pasti Malaysia akan menjadi sebuah negara maju," katanya.

Najib meminta rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang dengan rasa megah bahawa bendera negara adalah identiti jati diri rakyat Malaysia, lambang rakyat Malaysia yang bersyukur atas kejayaan negara serta lambang bahawa Malaysia ada penyatuan untuk negara yang kuat.

Hadir sama pada majlis itu adalah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, barisan menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri dan Exco kerajaan negeri Kedah.

Lebih 50,000 orang membanjiri Dataran Zero bagi menyaksikan sendiri pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat kebangsaan yang julung kali diadakan di Kedah.-BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah