Jumaat, 9 Ogos 2013

Kes Tembakan : Lelaki Ditembak Tujuh Kali Di Luar Kelab Malam. #rakyatnews #1Malaysia @PDRMsia @Zahid_Hamidi


Rasa ngeri dan bimbang, setiap hari dihidangkan dengan kes-kes pembunuhan yang melibatkan penggunaan senjata api.

Seorang lelaki berusia 43 tahun, dipercayai ketua pengawal sebuah kelab malam, ditembak sebanyak tujuh kali di hadapan pintu masuk pusat hiburan di pusat beli-belah di Jalan Datuk Keramat di sini.GEORGE TOWN

Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana hanya satu peluru tunggal ditemui menepati sasaran iaitu di paha kirinya.

Sumber berkata ketua 'bonzer' itu telah bercakap dengan seorang lelaki di tempat letak kereta terbuka yang kemudiannya ditembak ketika dia menuju ke pusat hiburan tersebut.

Dia kemudian bergegas ke salah satu kelab hiburan di situ untuk mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan.

Dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan kini berada dalam keadaan stabil.

Mangsa, yang hanya dikenali sebagai Too Pek, dikatakan menjadi salah seorang ahli kongsi gelap terkenal di negeri ini.

Pengunjung kelab berkata mereka mendengar bunyi seakan-akan serupa dengan bunyi mercun.

Polis setakat ini telah menahan dua orang pencuci, kedua-duanya warga asing di tempat kejadian yang didakwa cuba untuk menghapuskan bukti.

Polis turut menemui tujuh sarung peluru.

Jurucakap polis berkata, mereka telah mengkaji rakaman CCTV yang diambil di tempat kejadian.

Mstar.

KK : naya macam ni....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah