Ahad, 25 Ogos 2013

Konspirasi terancang dedah [ Video ] "Panas" Ustaz Kazim Elias di #HariKoperasi13 DataranDarulAman Jitra Kedah. @MuhyiddinYassin @MukhrizMahathir #KEDAHAMANMAKMUR

Disebalik peristiwa di halang berceramah di Pualau Pinang, tiba-tiba pendakwah romantik ini penuh dengan "ayat-ayat cinta dan tulus ini muncul di Negeri Jelapang Padi Kedah Darul Aman. Ustaz Kazim Elias penuh dengan budaya santun ini, tidak seperti seorang lagi "ostat" yang kata-kata nista dan makian menghadiri jemputan Hari Koperasi 2013.


Mendengar hujah dan ulasan yang di berikan oleh Ahli Panel tentunya menunjukan minat untuk menubuhkan Koperasi. Apa itu Koperasi baca kat bawah ni..

Koperasi adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Mana-mana kumpulan orang yang bercadang untuk menubuhkan koperasi hendaklah terlebih dahulu menghubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di kawasan masing-masing untuk mendapatkan penerangan dan nasihat berhubung proses penubuhan dan pendaftaran koperasi.
 
 
Pakej Insentif kepada sektor koperasi di negara ini perlu dikaji semula supaya selaras dengan agenda transformasi negara dalam melonjakkan lagi sumbangan sektor itu kepada pertumbuhan ekonomi negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya kerajaan mengutamakan kajian semula pakej insentif tersebut bagi memastikan koperasi terus diberikan peluang saksama untuk menceburi pelbagai bidang perniagaan yang baharu serta meningkatkan rantaian sedia ada.

Ini bertujuan memastikan gerakan koperasi turut sama menyumbang kepada agenda transformasi negara.

"Saya berpendapat sudah sampai masanya untuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengkaji semula pakej insentif yang ditawarkan kepada sektor koperasi," katanya pada majlis perasmian Hari Koperasi Negara 2013 di Dataran Darul Aman, Bandar Darul Aman.

Katanya hari ini koperasi memainkan peranan utama sebagai penjana pertumbuhan ekonomi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah