Selasa, 6 Ogos 2013

Liku cinta FB #FINDAISYAH #rakyatnews #1Malaysia


Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, Seorang guru yang juga ibu tunggal dan baru empat bulan mengenali teman lelakinya melalui Facebook (FB) bukan saja kerugian RM25,000, malah anak perempuannya berusia tiga tahun turut dilarikan kekasih barunya itu sebelum ditemui semula di Pulau Pinang, pagi semalam.

Sumber polis berkata, Arbaiyah Md Zin, 32, menyerahkan anaknya, Wan Aisyah Wan Exzam jam 3.20 petang 30 Mei lalu di sebuah kedai emas di sebuah kompleks beli-belah di Rawang, dekat sini, bersama beberapa dokumen termasuk surat beranak dan kad pengenalannya. 

Menurutnya, Arbaiyah berbuat demikian selepas teman lelakinya memberitahu mahu membuat pasport kanak-kanak itu, selain memperkenalkannya kepada kakak teman lelakinya itu yang tinggal di Damansara. 

“Mangsa berbuat demikian selepas yakin dikahwini suspek dalam masa terdekat. Malah, mangsa turut menyerahkan wang tunai RM25,000 kepada suspek kononnya untuk menjalankan perniagaan emas,” katanya.


Foto
ANGGOTA polis menjaga Wan Aisyah selepas diserahkan seorang wanita pagi semalam.


Sumber itu berkata, ketika bertemu suspek pada Jumaat lalu untuk menyerahkan wang di sebuah kedai emas sama iaitu lokasi dia menyerahkan anak perempuannya itu kepada lelaki terbabit, mangsa bertanya teman lelakinya di mana anaknya.

sumber : mymetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah