Ahad, 11 Ogos 2013

Panas !! Isteri beraya dengan rakan di Belasah Suami. #fb . #rakyatnews #1Malaysia


Ketika sebahagian besar umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri, seorang wanita menjadi mangsa belasahan suami yang cemburu buta dan berang selepas dia keluar beraya bersama rakan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, wanita berusia 20-an itu dikatakan dipukul suaminya di rumah mereka di Petra Jaya, di sini, sehingga cedera di kepala dan badan. Kejadian di Kuching, Sarawak.

Sumber berkata, kejadian berpunca daripada tindakan wanita itu keluar berhari raya bersama beberapa rakan perempuannya dipercayai tanpa pengetahuan suaminya yang berusia lingkungan 20-an.

Katanya, mangsa mendakwa dipukul menggunakan topi keledar di kepala oleh suaminya, selain ditampar di muka dan ditendang di pinggang sebaik tiba di rumah.

"Walaupun mangsa menjelaskan dia keluar dengan rakan perempuannya, suaminya tidak menghiraukan penjelasan itu dan terus memukulnya tanpa belas kasihan.

"Mangsa juga mendakwa suaminya mencederakan tangan sendiri dengan sebilah pisau dan memberitahu keluarga bahawa dia dicederakan isterinya dengan parang," katanya.
Katanya, mangsa turut mendakwa kejadian seumpama itu bukan yang pertama kerana pernah berlaku beberapa kali sebelum ini hanya disebabkan perkara kecil dan remeh.

"Mangsa yang tidak tahan sikap panas baran dan cemburu buta suaminya membuat laporan di Balai Polis Gita untuk tindakan lanjut," katanya.

Jurucakap polis menerima laporan mangsa dan berkata, siasatan dijalankan termasuk mendapatkan keterangan daripada suami wanita terbabit.

sumber : mymetro

KK : Mohon petunjuk dah hidayah..diberikan rumahtangga yang aman dan bahagia.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah