Sabtu, 24 Ogos 2013

Rahsia!! @MuhyiddinYassin Jumpa Bekas MB Kedah @MukhrizMahathir #KEDAHAMANMAKMUR #1Malaysia




Hari merupakan hari paling besejarah buat bekas MB Kedah apabila menerima kunjungan dari TPM.

Dalam kesibukan lawatan sehari ke Kedah hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa melawat bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Timbalan Perdana Menteri dan isteri Puan Sri Noraini Abdul Rahman tiba di unit rawatan rapi (ICU) HSB yang menempatkan Azizan pada pukul 3.15 petang, dengan diiringi Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan isteri Datin Norzieta Zakaria serta Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie.

Azizan dipindahkan ke HSB minggu lepas setelah kira-kira tiga bulan dirawat di Hospital Pulau Pinang. Kedua-dua belah kakinya dipotong pada 10 Mei lalu susulan komplikasi diabetes yang kronik.

Rabu lalu, Azizan mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau di ICU HSB. Beliau mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum lepas dengan majoriti 2,774 undi, mengatasi calon Barisan Nasional Mohd Fazillah Mohd Ali.

Sementara itu, bekas setiausaha politik Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor berkata antara yang berada di wad semasa lawatan Muhyiddin ialah isteri Azizan Puan Sri Faeqah Sheikh Hamzah serta anak kelima mereka Muhammad Rafi'iy.

"Buat masa ini keadaan Tan Sri baik dan beliau berbual-bual dengan Timbalan Perdana Menteri walaupun agak lemah dan saya bagi pihak keluarga Tan Sri (Azizan) mengucapkan terima kasih kepada beliau (Muhyiddin) kerana sudi melawat hari ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan itu.

KK : Inilah pemimpin yang kita perlukan dan pertahankan demia agama, bangsa dan Negara.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah