Ahad, 1 September 2013

2 Gambar Ngeri !! Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Ditetak Ketika Bertugas. #rakyatnews #1Malaysia @buletintv3


Tergamak seorang lelaki apabila sanggup bertindak menetak tangan seorang pekerja TNB sehingga hampir putus di kawasan kediamannya. Kami di fahamkan pekerja ini di tetak semasa menjalankan tugas memotong 

Pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.



Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.

"Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam. Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di Kuala Lumpur untuk pembedahan.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

KK : Kepada sahabt KK yang bertugas dimana Hargailah keselamatan anda semua. Berkhidmat secara profesional. Tolenrasi bila berhadapan denga karenah orang awam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah