Friday 13 September 2013

Bongkar sikap buruk @anwaribrahim kepada kedutaan asing - NGO. #rakyatnews #1Malaysia


Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran menggunakan kaedah hebahan kepada kedutaan-kedutaan asing di negara ini sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berterusan mendiamkan diri berhubung surat misteri yang dikaitkan dengan beliau.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, tindakan itu dilihat selaras dengan ikrar JMM untuk mengejar dan mendesak Anwar menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan maklumat akaun-akaun bank seperti terkandung dalam surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal.

"KITA memuji tindakan berani JMM yang berikrar untuk terus mengejar Anwar walau ke mana sahaja dia berada.

"Dalam masa sama, KITA berharap JMM dan NGO lain dapat bersama-sama membuat hebahan menerusi risalah kepada pihak kedutaan tentang wajah sebenar pemimpin pembangkang itu sekiranya dalam seminggu ini dia masih senyap," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berikrar bahawa pihaknya akan mengejar Anwar, malah menyatakan kesediaan menjadi despatch (penghantar surat) kepada Ketua Pembangkang itu bagi mendapatkan tanda tangan beliau dalam usaha mencari kebenaran berhubung maklumat akaun-akaun bank.

Sebelum ini, bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail mendedahkan menerima sebanyak 6,000 pucuk surat misteri itu yang menceritakan 'urus niaga' bernilai puluhan juta antara Anwar dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, tiada sebab Anwar berasa takut menyahut cabaran menandatangani surat kebenaran kepada Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sekiranya beliau tidak bersalah.

"Sikap berdiam diri Anwar itu seolah-olah mengiyakan dakwaan pelbagai pihak tentang kewujudan akaun itu," katanya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment