Sunday 22 September 2013

Gempar !! "Calon Menang Tanpa bertanding ?" #pau13. #UMNO #rakyatnews #BeraniBerubah


Tanggal 21 September 2013 berlansung Proses pendaftaran bagi pemilihan dalam bahagian Umno di Kedah menyaksikan 11 daripada 15 bahagian berlaku pertandingan bagi jawatan ketua bahagian. Gambar diatas sekadar hiasan setelah 'lelaki' ini dikatakan mahu mecabar salah satu jawatan dalam UMNO Bahagian Baling.

Bahagian Padang Serai menyaksikan paling ramai calon menghantar borang untuk merebut jawatan ketua bahagian iaitu enam orang manakala masing-masing tiga di bahagian Sungai Petani, Kuala Kedah, Merbok, Langkawi dan Baling.

Bahagian Kubang Pasu, Pokok Sena, Jerai, Pendang dan Sik, masing-masing terdapat dua calon menghantar borang bertanding jawatan ketua bahagian.

Bagi Bahagian Alor Setar, Padang Terap, Kulim/Bandar Baharu dan Jerlun hanya satu borang diserahkan untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian yang bermakna mereka menang tanpa bertanding.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menang tanpa bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Jerlun, setelah diberi laluan oleh Datuk Abu Hassan Sariff yang rela "turun pangkat" apabila bertanding jawatan timbalan ketua bahagian.

Proses pendaftaran di Dewan Wawasan di Jitra hari ini hanya melibatkan 14 bahagian di Kedah manakala Bahagian Langkawi diberikan kebenaran mengadakan pendaftaran di tempat sendiri di Wisma Umno Langkawi berikutan masalah logistik.

KK: Diharap di Baling Calon yang beribawa dan berkarisma dapat di tonjol bagi memenuhi setiap jawatan yang dipertandingkan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Sokong Ahok @ Nasri Baharun untuk calon ketua bahagian baling. Kalau menang alamat pecah rekod satu malaysia!

    ReplyDelete
  2. Kata Noradzli Mohd Baseri @ Lee Blues (gambar di atas), dia tak hantar borang pencalonan bukannya takut kalah tapi memberi peluang calon-calon lain untuk menang! Tak gitu Ybhg Lee!

    ReplyDelete