Friday 13 September 2013

Hina logo @PDRMsia , pereka grafik @RTM_Malaysia ditamatkan perkhidmatan. #1Malaysia #rakyatnews


Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM pada Selasa.

Sambil berkata, RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah PenyiaranDatuk Norhyati Ismail berkata, laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.

"Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau menjelaskan jawatankuasa tata tertib telah bersidang pada Rabu untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.

Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya. - BERNAMA

Mstar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment