Isnin, 16 September 2013

'PAS dapat undi kerana PR, Ulama dah lupa?' - Agus #DEMIRAKYAT #OhMalaysiaKu @anwaribrahim #rakyatnews


Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, Pas tidak akan mendapat sokongan orang Melayu sepenuhnya sekiranya bergerak sendiri dan bergabung dengan parti lain.

Menurutnya, peningkatan kekuatan Pas adalah berdasarkan kerjasama yang dijalinkan bersama PKR dan DAP.

"Kumpulan Ulama Pas ini tidak sedar ialah Pas mendapat pertambahan bilangan kerusi dalam pilihan raya (PRU13) lalu bukanlah disebabkan kekuatannya bertanding sendirian, namun pakatan di antara parti itu dengan beberapa parti pembangkang yang lain.

"Sejak keluar dari BN pada 1978, politik Pas tenggelam.

"Pas cuma kembali pulih dalam persada politik negara apabila bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah dalam PRU 1990, Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan PR pada tahun 2008 dan 2013.

Mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik saranan yang timbul dalam satu perhimpunan anjuran PAS semalam agar parti tersebut mengkaji semula kerjasama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Namun, beliau tetap berpesan agar usaha tersebut dijalankan untuk menambahbaik kerjasama berkenaan dan bukannya untuk tujuan yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.

"...Jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.

"Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada Umno yang sedang kelemasan," katanya dalam satu tulisan di Facebook.

Tambahnya, PAS juga sepatutnya berusaha untuk membolehkan agar amalan Islam difahami oleh orang bukan Islam dengan baik.

"Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan bukan Islam," katanya.

Bekas menteri besar Kelantan itu menegaskan bahawa strategi PAS untuk kekal dalam Pakatan adalah langkah yang sangat tepat.

KK : Selagi 'anwarinas' berada dalam PAS..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

  1. Adakah siAgus ni memang penyokong kuat PR, sebab tu dia cakap begitu. Duduk bawah payung kerajaan tetapi bersekongkol dengan pembangkang. Ada klas ke?. PAS lebih memberi dalam PR bukan menerima. Sila lihat siapa yang lebih dapat kerusi kalau bukan DAP. Calun PAS bertanding kawasan majoriti cina tetapi kalah, ini apa maknanya?. Ramai orang Islam dah sedar bahawa PAS hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik, bukan untuk menegakkan negara Islam.

    BalasPadam

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah