Sabtu, 7 September 2013

Pelakon Maimon Mutallib meninggal dunia. #MeleTOP #rakyatnews #selebriti @inspirasiislami


SHAH ALAM - Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia akibat kanser payudara di kediamannya di Seksyen 17 di sini pada 2.20 petang tadi.

Anak lelakinya Abdul Rahman Haj Keristifa berkata ibunya menghembuskan nafas terakhir sejurus tiba di rumah selepas dibenarkan pulang dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira tiga jam sebelum beliau disahkan meninggal dunia.

"Sudah empat hari Mama dimasukkan dalam wad dan beliau mula tenat sejak semalam (Jumaat). Kemudian kira-kira 12 tengah hari tadi, doktor minta pihak keluarga untuk membawanya pulang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Al-Irsyadiah di sini sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Sialang, Tangkak, Johor malam ini.

Maimon, 54, atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Mon disahkan menghidap kanser payudara tahap keempat tahun lepas.

Beliau yang merupakan ibu tunggal meninggalkan lima cahaya mata iaitu Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar lelaki iaitu Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa yang masing-masing berumur 17 tahun.

Antara filem lakonan Allahyarham ialah Chermin, CUCI, Pensil, Appalam, Semerah Cinta Stilleto, Otai, Sumpahan Kum Kum, Chantek dan Budak Pailang.

Allahyarham juga cukup popular dengan penampilan pelbagai watak menerusi puluhan drama televisyen. –
BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah