Khamis, 19 September 2013

Pensyarah Main Dalam Pejabat. Selepas 'KAHWIN MUTAAH'. #OhMalaysiaKu #rakyatnews



Apa yang dibimbangi seluruh masyarakat berhubungan dengan pengaruh Syiah di Malaysia benar berlaku. Gambar kat atas hiasan jer.. tapi korang mesti ingatkan pasal video tu..

Pengarah bergelar profesor di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang berkahwin secara mutaah dengan pasangannya yang juga seorang pensyarah dan menjadikan bilik pejabat sebagai tempat untuk melakukan hubungan seks.

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Dr Zamihan Md Zain, berkata pasangan pensyarah berusia 40-an itu berkahwin tiga tahun lalu sebelum dikurniakan seorang anak.

Beliau berkata, pensyarah lelaki berkenaan yang bergelar profesor adalah penganut ajaran Syiah dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur, berjaya mempengaruhi pasangannya untuk mengikuti ajaran itu.

Kahwin sementara

“Kedua-dua pensyarah ini bergelar profesor dan berkhidmat di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang. Mereka berkahwin mutaah untuk beberapa bulan dan kemudian bercerai.

“Inilah yang kita bimbang jika tidak ada satu kawalan atau undang-undang tegas mengekang penyebaran fahaman Syiah.

“Golongan cerdik pandai bertaraf profesor pun boleh terpengaruh apatah lagi kalau mereka yang cetek pengetahuan agama.

“Sebab itu kita perlukan satu undang-undang yang tegas. Ajaran Syiah dan kahwin mutaah ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zamihan berkata, undang-undang yang tegas diperlukan bagi menyekat penyebaran fahaman itu kerana lebih 200,000 warga Iran berada di negara ini setiap tahun termasuk pelajar.

Berdasarkan statistik tahun lalu, seramai 17,000 pelajar Iran melanjutkan pengajian di negara ini, 38,000 bermastautin secara sementara dan 150,000 lagi masuk sebagai pelancong.

Penyebaran secara senyap

Katanya, angka itu tidak termasuk warga Iraq serta beberapa negara lain yang turut mengamalkan Syiah masuk ke negara ini dan dibimbangi ia akan menyebarkan fahaman itu secara senyap kepada rakyat tempatan.

“Mereka dikesan turut menyebarkan fahaman itu di negara ini dan empat universiti awam menjadi lokasi kepada penyebaran fahaman ini membabitkan pensyarah dan juga pelajar.

“Julai lalu ulama Syiah dari Iran turut ke negara ini untuk bertemu penganut fahaman itu dan lebih malang lagi mereka turut mendapat sokongan beberapa pemimpin politik dan ahli perniagaan bergelar Datuk,” katanya. – Berita Harian

KK : Ini Semua salah Pemimpin PAS yang menyokong Syiah. Hubungan baik beberapa pemimpin PAS dengan tokoh utama Syiah di luar negara mungkin menjadi punca parti Islam itu dikaitkan dengan gerakan Syiah yang dikatakan sedang menular di negara ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah