Saturday 28 September 2013

Setiausaha Majlis Syura Ulama 'TOLAK' Mat Sabu #SYIAH. Peng' #DEMIRAKYAT #OhMalaysiaku #rakyatnews


Ambil contoh kepimpinan teladan Nabi Muhammad S.A.W dan bukan kepimpinan negara-negara tertentu jika tidak mahu terus dilabel sebagai pengamal syiah, kata Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS itu berkata nasihat ini bukan sahaja ditujukan kepada mereka yang terpalit dengan imej Syiah, sebaliknya turut ditujukan kepada semua ahli PAS agar lebih berhati-hati apabila menjadikan seseorang atau negara lain sebagai idola mereka.

"Sebab itu kita perlu balik kepada landasan asal iaitu kalau kita hendak mencontohi apa-apa pun, kita hendak ambil apa-apa kebaikan, kita ambil daripada Nabi Muhammad S.A.W.."

"Kalau kita hendak ambil contoh kebaikan, kita ambil daripada Rasulullah SAW... kita ambil daripada Al-Quran, sudah tentulah Al-Quran ini menggambarkan sunnah Waljamaah," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebelum ini menegaskan untuk kesekian kalinya beliau bukan bermazhab Syiah, akan tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini.

Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS.

Malah, beliau turut melahirkan rasa kesal apabila setiap kali menjelang muktamar PAS, isu Syiah akan bergema.

Mat Sabu menjadi salah satu sasaran mereka apabila isu ini dimainkan tambahan lagi apabila beliau melawat negara tersebut ketika meletusnya perang saudara di sana.

Isu Syiah menjadi hangat apabila perang saudara meletus di Syria dan Iran serta Hizbollah (gerakan Islam di Lubnan) menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad.
Rententan daripada isu itu, Zawawi menasihatkan mereka yang terpalit dengan isu syiah kembali kepada perjuangan asal parti dan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh pimpinan terbaik.

"PAS ini sebuah parti Islam yang memperjuangkan Islam, contoh yang terbaik adalah Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik.

"Dan sepatutnya seluruh kepimpinan PAS dan ahli-ahli PAS ini mencontohi Nabi Muhammad S.A.W...sebab kalau kita mencontohi Rasulullah S.A.W, kita akan selamat daripada sebarang fitnah," katanya.

Jelas Zawawi lagi, menjadikan Iran sebagai negara contoh berkemungkinan boleh mendatangkan impak yang tidak diingini berlaku di negara ini.

Ini katanya memandangkan pengganut agama Islam di Malaysia sangat mengambil berat dengan ajaran Syiah yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Jadi kalau kita mengambil contoh daripada negara-negara, mungkin negara ini bukan sahaja isu syiah malah kadang kala dia sensitif di Malaysia ini.

"Umpamanya dalam ahli sunnah wal jamaah, ada yang mazhab Maliki, ada yang mazhab Hanafi ada yang mazhab Hambali...jadi kalau kita mengambil contoh daripada negara, mungkin dia akan membabitkan mazhab-mazhab ini," katanya.


Sumber

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment