Saturday 14 September 2013

Skandal : @anwaribrahim buat 'Projek' dengan lelaki bernama Karpal ? #rakyatnews #1Malaysia

Projek apa tu...
Karpal yang berkerusi roda pun si Anwar Ibrahim ada 'nafsu' entah apalah si mereka berdua ni lakukan ?

Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail hari ini menyerahkan semua surat misteri yang diterimanya sejak beberapa hari lalu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, beliau berbuat demikian bagi membolehkan SPRM menyiasat secara menyeluruh kandungan surat berkenaan.

"Seperti dimaklumkan sebelum ini, saya tidak sama sekali mahu dilibatkan dengan kandungan surat itu, namun sebagai rakyat, saya mahu pihak berkuasa menyiasat demi kepentingan umum," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Kelmarin Mazlan mendedahkan kemunculan surat misteri yang mengandungi 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh sehingga menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh.

Surat lapan halaman yang dihantar ke rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.

Penduduk kemudian memutuskan untuk menyerahkan surat bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal berkenaan kepada Mazlan.

Mengulas tindakan Anwar dan Karpal membuat laporan polis dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang berhubung pendedahan itu,Mazlan memberitahu, mereka berhak berbuat demikian.

"Mereka berhak mengambil apa juga tindakan yang difikirkan sesuai terhadap saya.

"Namun, saya tetap menaruh kepercayaan tinggi terhadap pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya," ujarnya.

Kita tengoklah apa lagi si anwar yang penuh dengan kepalsuan nak 'pusing' plak.

KK : Berani kerana benar...takut kerana salah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment