Sabtu, 7 September 2013

Tahniah !! Tuan Guru lancarkan #OPSCANTAS pada pemilihan Muktamar PAS ke-59. #UBAH #fb #rakyatnews #1Malaysia


Inikalilah perubahan yang akan berlaku pada muktamar PAS, apabila 'pok ni' mula menunjukan taring serta pengaruhnya. 'Signal' yang jelas ditunjukan kepada paerwakilan yang akan membuat pemilihan peringkat tertinggi PARTI. #IniKalilah pok nik menyuarakan hasrat agar pemilihan kali menolak calon yang 'kurang pandai' agar memlih calon dari kalangan Ulama.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaruh harapan tinggi agar perwakilan Pas memilih kalangan ulama sebagai Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan kepimpinan baharu yang akan berlangsung pada Muktamar Tahunan Pas Ke-59 bermula 22 November ini.

Nik Abdul Aziz berkata, berlainan dengan jawatan Presiden yang masih memerlukan kepada ilmu dan pengalaman luas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau secara peribadi mahu 'orang ulama' menduduki kerusi nombor dua parti itu.

Beliau yang mengakui mempunyai pilihan sendiri untuk bertanding ke kerusi itu bagaimanapun tidak mahu menyebut nama calon pilihannya dan menyerahkan kepada ahli Pas untuk membuat keputusan terbaik.

"Saya berdoa dan minta Haji Hadi (Abdul Hadi Awang) yang banyak pengalaman dan ilmu kalau boleh biar dia teruskan jadi Presiden (tetapi) timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi timbalan.

"Semua orang Pas ulama, sedikit atau banyak itu (yang membezakan), mana boleh orang Pas jahil, semua orang Pas ulama belaka cuma taraf ilmu yang ada pada dia sedikit sebanyak itu atas dia, dia mengaji banyak mana, cebur diri dalam masyarakat, berpengalaman dan sebagainya.

"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi timbalan dia kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi Jumaat di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Apa yang jelas !! Pok ni dah mulakan gerakan #OPSCANTAS bagi membersihkan 'VIRUSANWARINAS' serta mereka yang berfahaman SYIAH dari bergerak aktif dalam PAS.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah