Selasa, 3 September 2013

Wanita Tanggal Pakaian Bantah Kenaikan Harga Petrol #ron95 #1Malaysia #RakyatDidahulukan #rakyatnews

Gambatr Hiasan
Satu 'flash mob' yang dilakukan oleh sekumpukan aktivis pelajar bagi membantah kenaikan harga petrol akhirnya dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang mula menanggalkan pakaiannya berhampiran dengan kumpulan itu di Dataran Merdeka.

Ketika kumpulan berkenaan melakukan piket sewaktu hujan lebat di sepanjang Jalan Parlimen pada pukul 5 petang Selasa, seorang wanita berkepala botak, gempal memasuki ke dalam khalayak dan berada di tengah-tengah jalan.

Wanita itu kemudiannya mula menanggalkan pakaian sehingga menampakkan pakaian dalamnya dan menjerit kepada penunggang motosikal yang melalui kawasan itu sehingga mengejutkan sekumpulan penunjuk perasaan.

Keadaan itu menyebabkan mereka meletakkan sepanduk sehingga wanita itu meninggalkan kawasan berkenaan.

Mereka kemudiannya mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran Merdeka dan dilaporkan bersurai secara aman pada kira-kira pukul 7 petang.

Demonstrasi itu dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bahagian Wilayah Persekutuan, Angkatan Pembebasan Bangsa Malaya (APBM) dan Geng Kotak.

"Semua penunjuk perasaan begitu terkejut apabila melihat kejadian itu. Mereka berada di sana untuk melakukan flash mob, tetapi tidak menjangkakan ada pihak yang mahu menanggalkan pakaian.

"Bagi memperjelaskan keadaan, wanita itu merupakan sebahagian daripada demonstrasi ini," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, ketika dihubungi The Star.

KK: 20sen.......jer pun...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

  1. Salam Saudara Blogger yg hebat,

    Pohon link kan pautan ni untuk dikongsi dalam blog sahabat.

    Marilah kita bersama sama berjuang untuk membantu rakyat Malaysia yg dalam kesusahan.

    Bantu mereka yang ditindas dan cuba membawa masalah rakyat untuk kita selesaikan bersama.

    Salam perkenalan
    http://smvonline.blogspot.com/
    https://www.facebook.com/SocialMediaVolunteers

    BalasPadam

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah