Rabu, 2 Oktober 2013

AWAS !! TERJAMINKAH JIKA PENGAWAL KESELAMATAN PUNYAI REKOD JENAYAH. @rakyatnews @1malaysia


Kementerian Pelajaran perlu tegas menguatkuasakan syarat-syarat kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan bagi menjamin keberkesanan mutu perkhidmatan dan keselamatan warga sekolah dan aset kerajaan. Ini kerana pengawal keselamatan yang tidak mempunyai pengesahan tapisan keselamatan daripada pihak berkuasa akan mendatangkan risiko keselamatandi premis berkenaan, menurut Laporan Ketua Audit negara 2012.

Semakan audit di 35 sekolah terpilih mendapati terdapat seorang pengawal keselamatan sekolah mempunyai rekod jenayah. Laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini turut mendedahkan semakan audit yang mendapati terdapat 76 pengawal tidak dapat mengemukakan tapisan keselamatan dari balai polis berhampiran atau Kementerian Dalam Negeri bagi membuktikan mereka tiada sebarang rekod jenayah.

Terdapat juga pengawal yang melebihi had umur dan gagal mengemukakan kepada pihak audit laporan kesihatan dari hospital kerajaan bagi membuktikan mereka masih sihat dan menjalankan tugas sebagai pengawal.

"Rekod kehadiran pengawal di sekolah adalah rekod utama/asas yang amat penting bagi membuktikan pengawal hadir bertugas dan sebagai rujukan silang pihak sekolah untuk membuat pengesahan atau kelulusan bayaran terhadap tuntutan bulanan syarikat,"
katanya.

Jelas laporan itu, sesalinan rekod berkenaan juga hendaklah disimpan oleh pihak sekolah bagi tujuan semakan semula jika timbul sebarang isu berbangkit.

Sementara itu maklum balas Kementerian Pelajaran yang diterima pada 11 Jun 2013 yang turut dimuatkan dalam laporan audit yang sama menyebut Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat peringatan bertarikh 20 Mac 2013 kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah yang terlibat supaya mengeluarkan surat amaran serta mengambil tindakan pemotongan bayaran kepada syarikat perkhidmatan kawalan keselamatansekiranya berlaku pelanggaran kontrak.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah