Rabu, 23 Oktober 2013

#Bajet2014: Langkah-Langkah Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. @NajibRazak #NajibMyPM @rakyatnews


Saya sedar, kos sara hidup terus menjadi suatu isu yang amat penting kerana ia melibatkan kehidupan kita secara langsung. Malah, cadangan berkenaan kos sara hidup merupakan antara yang terbanyak disalurkan oleh orang ramai melalui laman web mikro #Bajet2014 baru-baru ini, dan ianya telah disampaikan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan selanjutnya.‎
Kerajaan sentiasa peka dengan setiap keluhan rakyat. Justeru pelbagai inisiatif telah diambil di bawah naungan Program Transformasi Kerajaan dan Transformasi Ekonomi, dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup, ekoran daripada ketidaktentuan ekonomi global.

Antara inisiatif yang disambut baik oleh rakyat setakat ini adalah pembukaan 99 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), di lokasi-lokasi strategik seluruh negara. Kerajaan turut merancang untuk menambah lagi jumlah KR1M, agar lebih ramai rakyat dapat menikmati pembelian barangan keperluan pada harga rendah. Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) juga telah mendapat sambutan yang baik. Ternyata ramai rakyat Malaysia gembira dengan inisiatif membantu rakyat mendapatkan makanan berkualiti dengan harga yang murah.
Bajet 2014: Langkah-Langkah Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup
Manakala, pengenalan Klinik 1Malaysia juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti dengan bayaran berpatutan. Setakat ini, sebanyak 238 buah Klinik 1Malaysia telah dibina di serata negara, di mana 22 daripada klinik-klinik ini dilengkapi dengan perkhidmatan doktor.
Usaha ini telah memberi manfaat kepada masyarakat apabila lebih daripada 9 juta rakyat telah menikmati kemudahan Klinik 1Malaysia. Kerajaan turut merancang untuk membuka lebih banyak klinik-klinik seperti ini, di kawasan-kawasan padat penduduk demi menepati janji-janji dalam manifesto Barisan Nasional (BN), semasa Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu.
Bajet 2014: Langkah-Langkah Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup
Selain daripada kesihatan, pembangunan IT perlu dititikberat dalam usaha membina masyarakat celik IT dan mampu berdaya saing di pentas global. Atas faktor ini, RM150 juta telah diperuntukkan untuk membina 100 buah Pusat Internet 1Malaysia, di bandar-bandar utama seluruh negara. Selain itu, kerajaan juga sedang berusaha untuk mengurangkan fi perkhidmatan jalur lebar sehingga 20%, selaras dengan apa yang telah dijanjikan dalam manifesto PRU13.
Bajet 2014: Langkah-Langkah Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup
Soal menangani kos sara hidup sentiasa menjadi agenda utama kerajaan BN. Oleh yang sedemikian, Pusat Jagaan 1Malaysia telah disediakan untuk meringankan beban ibubapa bekerja. Semoga operasi pusat jagaan yang diperkenalkan di pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ini, akan turut dipelopori oleh syarikat-syarikat swasta di masa akan datang.
Bajet 2014: Langkah-Langkah Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup
Seperti juga yang telah dijanjikan dalam manifesto BN, kerajaan akan mula mengurangkan harga kereta sebanyak 20% hingga 30% secara berperingkat. Kerajaan mensasarkan pengurangan hutang isirumah rakyat melalui penurunan harga kereta secara beringkat dan terancang ini.
Bajet 2014: Langkah-Langkah Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup
Usaha untuk meringankan beban rakyat tidak terhad setakat langkah-langkah yang telah diperbutirkan di atas sahaja. Banyak lagi cara yang bakal diperkenalkan atau ditambahbaik, untuk melestarikan usaha memastikan kehidupan rakyat sentiasa selesa dan terjamin. Sila ikuti pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini untuk mengetahui langkah-langkah susulan yang bakal dilaksanakan.
by Najib Razak

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

1 ulasan:

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah