Friday 11 October 2013

#DAP rasis kata ahli PAS‎. @rakyatnews





Ahli Pas cawangan Taman Selasih, Kulim, Kedah, Wan Johori Wan Omar hari ini menempelak DAP kerana didakwa bersifat rasis apabila tiada calon benar-benar Melayu menang dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bulan lalu selain bertindak biadap menyerang Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang majoriti kakitangannya orang Melayu.

Berikut kenyataan penuh Wan Johori:

l Ekoran pemilihan semula CEC, ternyata DAP adalah parti rasis dan anti-Melayu. Keputusan pemilihan semula September 2013 sama dengan keputusan Disember 2012, tiada calon Melayu yang menang, semua calon Melayu kalah.

Nampak sangat kepimpinan DAP tolak orang Melayu. Zharil Khir Johari dilaporkan bukan Melayu, ibubapanya keturunan Cina. Lim Guan Eng jangan anggap boleh perbodohkan orang Pas. Guan Eng boleh perbodohkan kaum Cina dengan begitu senang tetapi kita orang Pas tak bodoh.

l Guan Eng dan Karpal Singh serang pihak ROS dengan biadab sekali oleh sebab majoriti kakitangan ROS adalah orang Melayu. Tony Pua pula anggap ROS yang ramai kakitangan Melayu dan Islam sebagai anjing.

Pihak ROS hanya menjalankan tugas, siasat dan bertindak atas aduan daripada ahli-ahli DAP sendiri. Mereka hanya menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka, maka jangan aibkan orang Melayu dan Islam sebagai anjing.

l Saya sokong saranan Harun Taib untuk kaji semula kerjasama dengan DAP sebab ada pemimpin tertentu DAP telah memperlekehkan kalimah Allah. Mereka dikatakan sedang giat menyokong usaha untuk percetakan bible versi bahasa melayu mengunakan kalimah Allah. DAP tidak seharusnya mengunakan kalimah Allah sebagai komoditi politik.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment