Wednesday 9 October 2013

Jangan jual 'tongkat' nanti Kelantan jatuh‎. @rakyatnews #


SUNGGUHKAH?‎ Khabarnya hutan simpan di Chabang Tongkat Hulu Sat, Machang Kelantan seluas 35,000 ekar atau 14,432 hektar telah diluluskan kepada seorang individu yang memiliki syarikat dua ringgit sahaja. Kalau maklumat ini sahih ia sungguh malang dan mendukacitakan sekali.


Tindakan ini menjadi indiktor yang kerajaan Pas Kelantan selepas ketiadaan Mursyidul Am Pas, Datuk mulai celaru.

Hutan simpan itu katanya sungguh strategi sekali. Ia merupakan sebuah kawasan cantik dan menjadi kawasan tadahan hujan bagi penduduk sekitar. Kedudukannya dari Machang memanjang ke sempadan Pasir Puteh sampai ke Selising dan Jeram Pasu.

Hutan simpan berkenaan katanya sudah lama dipertahankan tetapi nampaknya akhirnya terpaksa dikorbankan juga?

Kalau ia benar terpaksa diluluskan juga mungkin untuk membiayai kewangan negeri? Apakah kewangan negeri begitu nazab sekali waktu ini sehingga terpaksa menjual tanah berkenaan? Atau pun kelulusan itu katanya kepada seorang individu yang pernah mengundang salah seorang pemimpin Kelantan makan kenduri di rumahnya itu untuk membantu mewujudkan seorang lagi jutawan tanah di Kelantan?

Dengan bayaran perimium katanya RM2,000 perekar berapa sen sangatlah kerajaan Kelantan dapat menambah kewangan negeri. Sudah pasti tanah itu kemudian akan diapongkan kepada mana-manja syarikat di antara RM4,000 hingga RM6,000 seekar. Kalau untung RM3,000 perekar pun dah cukup, boleh sebuah helikopter.

Katanya semasa Nik Aziz dahulu tanah ini dipeliharta demikian rupa. Timbul perbalahan kecil sesama sendiri kerana tanah berkenaan. Seorang Exco katanya pernah memberi kata dua agar jangan usik tanah berkenaan dan antara punca kenapa bekas Exco berkenaan tidak disenang ialah kerana tidak bersetuju hutan simpan itu dilepaskan.

Demi sayangnya kepada hutan simpan berkenaan, Nik Aziz pernah ke hutan simpan berkenaan untuk meninjau sendiri pencerobohan mencuri kayu balak. Menyedari itu beliau segera mengarahkan Pejabat Hutan agar memantau kawasan hutan berkenaan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub juga pernah melahirkan perasaan dukacita dan kurang senang terhadap hajat untuk membina lebuh raya dengan mengorbankan tanah Kelantan. Semasa isu lebuh raya Kelantan hebat diperkatakan beliau ada menyebut perkara ini kepada saya. Kata; "nak buat lebuh raya dengan kontra tanah kerajaan." Itulah ayat dan kata-katanya.

Dapat difahami kata-kata MB itu menunjukkan beliau tidak setuju sekiranya tanah kerajaan dijual untuk sesuatu keperluan lain.

Sebagai anak Kelantan saya berharap maklumat diterima tidak benar. Ahmad Yakub sebagai MB yang semalam pertama kali membentang bajetnya di Dun Kelantan, atas semangat bajet legasi Nik Aziz diharap akan terus mempertahankan khazanah negeri Kelantan itu. Legasi Tok guru bukan sahaja berkebajikan tetapi mempertahankan bumi Kelantan, salah satunya hutan simpan Chabang Tongkat itu.

Kalau hutan simpan itu telah diluluskan kerana ingin menampung kewangan negeri, carilah ikhtiar dan usaha lain. Mungkin dalam suasana hari ini di mana kerajaan negeri mengendurkan sedikit pertentangan dengan kerajaan Pusat, mungkin bantuan pusat boleh dimanfaatkan.

Rasanya kalau tidak menjual tanah kerajaan Kelantan masih boleh survive. Jadikan keperluan dengan tidak meluluskan tanah berkenaan sebahgai cabaran kerajaan Ahmad Yakub hari ini. Kalau cabaran ini berjaya diatasi maka akan selamatlah kerajaan Kelantan dibawah pimpinannya.

Peristiwa malang yang pernah menimpa kerajaan Pas terdahulu kerana isu penggadaian tanah seluas 350,000 ekar hendaknya dijadikan iktibar dan sentiasa diingat. Sejarah itu akan berulang kembali kalau tidak dibendungnya. Angka 35 itu sangat signifiken sekali.

Tanah simpan Chabang Tongkat itu bolehlah dianggap sebagai 'tongkat' kepada kerajaan Kelantan. Kalau tongkat itu sudah dibuang dan tidak ada lagi, maka akan 'bercongek cakdunglah' kerajaan Kelantan. Saya tidak mahu Ahmad Yakub melambung dan jatuh. Mahukah kita?
 

Sayuti Omar merupakan pemilik ahkbar politik mingguan Siasah. Akhbar ini sejak 1998 sudah dilihat cenderung kepada Anwar Ibrahim.  Operasi akhbar Siasah ini terletak di pejabat Harakah, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.

Mulai 1 Julai 2012, Sayuti telah melepaskan siasah sepenuhnya kepada Siasah Sdn Bhd yang beralamat di Taman Tun Dr Ismail Kuala lumpur.

Sumber: Oleh: Sayuti Omar

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment