Thursday 17 October 2013

Lelaki Misteri Bawa 3 Kanak-kanak Masuk Hutan. @rakyatnews @azeezpureta #KEDAHAMANMAKMUR



‎Misteri kehilangan empat kanak-kanak termasuk dua beradik apabila mengikuti seorang lelaki yang mendakwa mahu menjerat beruk dalam Hutan Simpan Gunung Inas, Lata Sedim, di sini, berakhir apabila ditemui dalam keletihan, kira-kira 7 petang tadi.
Kesemua mereka ditemui kira-kira 26 jam kemudian di satu lokasi dalam hutan simpan berkenaan. 
‎Bagaimanapun, kelibat lelaki berusia 38 tahun yang membawa empat kanak-kanak itu gagal dikesan.

Empat kanak-kanak itu ialah Mohd Hafiz Redzuan, 14, murid Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Lindungan Raja, Sedim; Ainaanadia Mat Dahari, 13, pelajar Sekolah Menengah Labu Besar; adiknya Ahmad Mohamad, 11, dan Rohaizat Jamaluddin, 10, yang juga belajar di SK Seri Lindungan Raja, Sedim.
Operasi mencari dan menyelamat empat kanak-kanak dan seorang lelaki yang dipercayai sesat di Gunung Inas, Kampung Bukit Rawa, Sedim di sini sejak petang semalam dilancarkan pagi ini, setelah usaha penduduk kampung menjejaki mereka malam tadi tidak berhasil.

Operasi yang digerakkan pasukan polis itu disertai 73 orang anggota Rela, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dibantu sekumpulan penduduk bermula pukul 11 pagi.

Kanak-kanak itu dipercayai mengikuti seorang penduduk Kampung Buluh bersebelahan Kampung Bukit Rawa, memasuki hutan simpan Gunung Inas pukul 2 petang semalam untuk melihat beruk di kawasan hutan itu.

Turut membantu gerakan mencari ialah anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurut Md Dahari Jahaya, 57, dia dan keluarganya menyedari anaknya Aina Nadia dan Ahmad Mohamad tidak pulang ke rumah walaupun sudah pukul 7 petang lalu mencari mereka di kawasan berdekatan.

Katanya setelah penat mencari mereka akhirnya membuat laporan di Balai Polis Malau dan mendapat tahu dua lagi kanak-kanak memasuki hutan berdekatan bersama seorang lelaki untuk melihat beruk.

Operasi itu bagaimanapun dihentikan sementara petang ini kerana hujan yang menyukarkan usaha mencari, kata seorang anggota mencari dan menyelamat kepada Bernama.

Seorang lagi bapa kanak-kanak itu, Rizuan Md Bin, 38, berkata mereka sepakat dengan penduduk kampung mencari sehingga lewat malam tadi namun tidak berhasil.

Abdul Azeez berkata Pejabat Parlimen Baling akan menempatkan sebuah ambulans dan jururawat terlatih bagi memberi rawatan kepada mangsa apabila ditemui.

Sementara itu polis daerah Baling mengesahkan menerima laporan tentang kehilangan kanak-kanak itu.

‎Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang semalam, selepas keempat-empat mereka menjamu selera di rumah lelaki berkenaan yang menemui kanak-kanak itu sedang bersiar di kawasan kampung terbabit pada petang Aidiladha.

‎Penolong Kanan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Unit Pasukan Khas Storm Alor Setar Mohd Ridzuan Nut Jamudin, berkata semua kanak-kanak terbabit ditemui kira-kira 800 meter dari Pusat Kawalan Operasi yang dibuka di kawasan itu dalam keadaan lemah dan keletihan.

‎Sumber.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.


No comments:

Post a Comment