Friday 18 October 2013

#pemilihanUMNO : KECOH SENARAI CALON MT PILIHAN BOCOR !! @NajibRazak @tunfasai #TFR4MT


Menjelang pemilihan bagi jawatan tertinggi dalam Umno esok, kita berharap para perwakilan meneliti semasak-masaknya setiap calon yang menawarkan diri untuk bertanding. Calon yang baik dianggap boleh membantu mengukuhkan kepimpinan dalam Umno iaitu berkelayakan, berpengalaman, berperwatakan baik, sedia berkhidmat dan berjuang untuk parti, bangsa, agama dan negara selain tidak terjebak dengan perbuatan yang tidak sesuai.


Seramai kira-kira 146,000 perwakilan dari 191 bahagian akan membuat keputusan bijaksana yang akhirnya menghasilkan keputusan bahawa Umno sebuah parti yang berwibawa, berintegriti dan pemimpin yang dipilih pula berkemampuan, bijaksana, berakhlak dan bermoral tinggi.

Sebanyak 71 calon akan bertanding merebut 29 kerusi jawatan yang dipertandingkan iaitu Timbalan Pengerusi Tetap (tiga calon), Naib Presiden (enam) dan anggota Majlis Tertinggi (62).

Keputusan pemilihan itu kelak akan dinilai bukan sahaja oleh anggota Umno bahkan seluruh rakyat Malaysia. Walau apapun keputusannya, beliau berharap Umno selepas pemilihan itu kelak menjadi parti yang lebih kuat, lebih disegani, lebih dihormati dan tidak dipalit dengan sebarang perkara tidak sihat.

"Yang kalah itu ahli parti dan yang menang juga ahli parti, tetapi kalau mereka tidak terpilih tidaklah bermakna terputus tanggungjawab dan peranan mereka,"Kalau ahli parti pentingkan imej parti dan maruah parti dijaga dan dipelihara, maka ahli tidak akan berbuat sesuatu yang tidak baik," TPM Bernama

KEPADA PERWAKILAN YANG DIHORMATI SEKALIAN, DIBAWAH INI DISENARAIKAN CALON NAIB PRESIDEN DAN MAJLIS TERTINGGI (MT) PILIHAN TERBAIK. SEJUJURNYA SENARAI DI BAWAH INI MERUPAKAN CALON-CALON YANG DAPAT MENTRANFORMASIKAN UMNO.

No comments:

Post a Comment