Saturday 5 October 2013

Pengantin Perempuan Mintak Maaf Nasi Kenduri Beracun. @rakyatnews #KEDAHAMANMAKMUR




PENGANTIN perempuan ‎yang majlis perkahwinannya di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu lalu menyebabkan kematian empat orang kerana keracunan makanan memohon maaf kepada semua yang terlibat atas ketentuan yang berlaku.

Haslina Yusof berkata, beliau sedih dan terkilan dengan kejadian yang menimpa sanak saudara dan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu.

Empat orang yang maut itu keracunan makanan selepas menikmati juadah kenduri kahwin berkenaan termasuk sepupu Haslina sendiri, Norshazana Mohd Rashid, 24, yang meninggaldunia di rumahnya di Sungai Petani."Saya tidak sangka boleh jadi begini," katanya kepada wartawan .

Haslina, 23, merayu agar tidak ada mana-mana pihak yang menaruh syak wasangka dan memberi tanggapan serong terhadap keluarganya.

Katanya, beliau dan keluarga sudah cukup menanggung malu atas apa yang telah terjadi.
Mereka juga tidak berniat untuk menganiaya sesiapa apatah lagi menaruh racun ke dalam makanan seperti yang ditohmah oleh sesetengah pihak.

Sementara itu, bapa Haslina, Yusof Ahmad, 52, juga terkilan dan sedih kerana tidak menyangka majlis perkahwinan pertama dalam keluarganya itu bertukar jadi bencana.

"Saya sebagai tuan rumah nak minta maaf banyak-banyaklah berlaku pada kenduri baru-baru ini. Saya pun tak sangka yang boleh jadi macam itu. Saya panggil kawan-kawan untuk datang makan kenduri ini dengan iklhas, tak ada niat nak buat jahat atau apa," katanya.

Apa yang menyebabkan beliau lebih terkilan ialah antara mangsa keracunan yang dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia itu adalah saudara-maranya sendiri.Yusof turut memaklumkan beliau dan ahli keluargnya juga cirit-birit dan muntah-muntah dan ditahan di hospital selama tiga hari. Mereka hanya dibenarkan pulang pada pagi Rabu.

Sementara itu, jenazah mangsa keempat, Wang Razali Yaacob, 56, selamat dikebumikan pada pagi Rabu di Tanah Perkuburan Masjid Al-Atiq, Kampung Merbok, Sungai Petani.

Allahyarham meninggal dunia pukul 7.15 malam Selasa di Hospital Sultan Abdul Halim setelah sakit perut dan muntah-muntah selepas pulang dari majlis perkahwinan itu.

Dua lagi mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut yang maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan dan Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma yang meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan.

Dalam pada itu, polis masih menunggu laporan perubatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mengumpulkan laporan berkenaan daripada empat buah hospital daerah dan dijangka akan siap dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalili Ariffin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh selepas menerima laporan itu bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk melihat unsur khianat atau kecuaian.

Setakat ini, 270 orang dilaporkan mendapatkan rawatan di hospital kerana keracunan makanan daripada majlis kenduri kahwin itu. 

Sumber.
 
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.


No comments:

Post a Comment