Sabtu, 26 Oktober 2013

#PRKSgLimau : #BarisanNasional Tabur Janji lagi !! #BeraniHijrah #KEDAHAMANMAKMUR


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan berjumlah RM3 juta bagi pembinaan asrama dan dewan Sekolah Menengah Agama Nahdzah, Bukit Besar dekat sini. Muhyiddin berkata peruntukan ini boleh dianggap sebahagian daripada peruntukan RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2014 bagi membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).


Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata beliau melihat pembangunan sekolah agama di Kedah amat istimewa dalam mempertingkatkan pendidikan Islam dimana di Dewan Undangan Negeri Sungai Limau sahaja terdapat banyak sekolah-sekolah pondok.


"Ini semua dibangunkan dengan kegigihan pimpinan Islam," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Asar di Pondok Moden Nahdzah, Bukit Besar, dekat sini, Sabtu. Untuk rekod, calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat merupakan Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Menengah Agama Nahdzah sebelum meletakkan jawatan untuk bertanding dalam PRK DUN Sungai Limau, 4 Nov ini.


Muhyiddin berkata sudah menjadi dasar Kementerian Pendidikan, bahawa bantuan diberikan kepada semua sekolah agama tanpa mengira warga sekolah itu penyokong Barisan Nasional (BN) atau PAS. "Soal utama sekarang adalah pembangunan Islam itu sendiri. Waktu saya nak beri bantuan, ada yang tegur, yang terima bantuan itu adalah orang PAS, bukan orang Umno. Saya cakap tidak apa. "Saya sendiri ada berbincang dengan Perdana Menteri dan saya maklumkan bahawa Sekolah Agama Rakyat ini banyak yang ikut sistem kita (kebangsaan). Mereka ada ko-kurikulum khusus. Ma'had Tahfiz kini pun ada gabungan dengan sistem akademik," katanya.

Hadir sama, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Lembaga Sekolah Menengah Agama, Nahdzah Nasir Othman.

Muhyiddin kemudian berlepas pulang setelah mengadakan lawatan kerja hampir sehari di DUN Sungai Limau.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah