Thursday 31 October 2013

#PRKSgLimau : MASYAALLAH !! Siapa Lebih Mulia. #BeraniHijrah #KEDAHAMANMAKMUR @MukhrizMahathir


Berikut komen adalah KOMEN pembaca mengenai SIAPA LEBIH MULIA : FAKTA atau AUTA ? yang KK petik dari blog Kedah Ke Kl berhubung kempen PRK Sungai Limau.


Meh kita banding2kan. Siapa yang lebih mulia keperibadian diri diantara mereka.
Sehubungan dengan itu TPM menyatakan sebagai umat Islam beliau memohon maaf sekiranya kenyataannya menyinggung perasaan keluarga Azizan.

"Sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan keluarga...saya mohon maaf.- TPM

Kes 1. 

TS Muhidin Yasin bukan ustaz pun tapi mudah saja minta maaf kepada keluarga Ustaz Azizan atas kenyataan beliau berkaitan gula dan kencing manis, pada hal beliau sendiri tak pasti sama ada sebut atau tidak perkara yang dibangkitkan.

Gambar kantoi

Calon Pas Mohd adalah seorang ustaz tapi liat mahu minta maaf atas keslahan menipu orang2 melayu dalam DUN Sungai Limau dalam isu gambar superimposed, pada hal kepimpinan tertinggi Pas Kedah mengakui bahawa gambar itu " memang superimposed ".

Kes 2.

Datok Chua Soo Lek juga bukan seorang ustaz malah bukan penganut islam pun, tetapi beliau dengan senang hati mengaku kepada media (surat khabar dan tv) bahawa " lelaki dalam gambar bersama dengan seorang perempuan cina dalam bilik hotel itu adalah dirinya dengan berkata " saya mengaku, lelaki dalam gambar itu adalah saya " dalam isu fitnah skandal sex beliau satu masa dulu semasa masih sebagai Menteri Kesihatan.

Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz malah seorang penganut islam lagi tapi liat mahu mengaku bahawa beliau sebenar tidak ada bersama dalam pertemuan dengan Ustaz Azizan seperti yang disiarkan dalam gambar risalah kempen Pas dalam isu gambar superimposed.

Saya ada 2 versi jawapan :

Jawapan pertama : Kalau orang itu penyokong Umno maka dia akan kata " Sudah tentu TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada Ustaz Mohd Azam berdasar kepada fakta ".



Jawapan kedua : Kalau orang itu penyokong Pas maka dia akan kata " Sudah tentu Ustaz Mohd Azam adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek kerana Mohd Azam walau pun telah terbukti menipu tetapi dia adalah seorang ustaz ".

Ulasan saya adalah : Jawapan pertama adalah berdasarkan kepada FAKTA , manakala jawapan kedua adalah berdasarkan kepada AUTA.

Pengundi2 dalan DUN Sungai Limau boleh memilih sama ada FAKTA atau AUTA pada 4 Nov 2013. Apa juga pilihan pengundi DUN Sungai Limau, itu adalah CERMINAN KUALITI OTAK orang2 melayu di Sungai Limau.

Ana Muslimah

No comments:

Post a Comment