Tuesday 15 October 2013

Tiada bukti, sejarah kalimah 'Allah' dalam Bible bahasa Melayu‎. #KalimahAllah #rakyatnews @inspirasiislami @abby_abadi112


‎PUTRAJAYA 14 Okt. - Kalimah Allah yang digunakan dalam Al-Kitab (versi Bible bahasa Melayu) dan perkataan tersebut yang digunakan dalam majalah mingguan The Herald merupakan dua penerbitan yang berbeza.

Ini kerana, Al-Kitab yang merupakan Bible versi bahasa Melayu sangat jelas adalah untuk penganut agama Kristian.

Demikian kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dalam penghakiman bertulis setebal 34 muka surat ketika membenarkan rayuan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan lapan yang lain.

Hakim Abdul Aziz berpendapat, ketiadaan bukti dan fakta sejarah mengenai perkataan Allah dalam Bible bahasa Melayu merupakan alasan kukuh Menteri Dalam Negeri untuk tidak mempertimbangkan penggunaannya dalam majalah mingguan The Herald.

Tambahan pula, Menteri Dalam Negeri dengan jelas telah mengenakan syarat bahawa Bible bahasa Melayu hanya untuk digunakan di gereja dan dalam kalangan penganut Kristian.

Malahan, Bible bahasa Melayu dengan jelas dicetak pada muka hadapannya perkataan Bukan Untuk Orang Islam.

Syarat tersebut telah dinyatakan dengan terperinci oleh Menteri Dalam Negeri dalam suratnya bertarikh 24 April 2007 kepada Gereja Roman Katolik selaku pihak responden dalam rayuan tersebut.

The Herald pula adalah surat berita atau dalam kategori yang sama seperti akhbar (walaupun dengan peredaran terhad) atau mungkin digunakan sebagai alat gereja Katolik untuk menyebarkan maklumat atau aktiviti gereja atau penganut Katolik.

Peguam yang mewakili pihak gereja sendiri bagaimanapun mengakui, majalah mingguan The Herald hari ini, boleh diakses oleh sesiapa sahaja dalam talian sama ada bukan Islam mahupun penganut agama Islam.

Atas alasan tersebut, pada hemat saya kebenaran yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri bagi mencetak dan mengedar Bible dalam bahasa Melayu yang menggunakan perkataan Allah, tidak boleh diterima dengan cara yang sama seperti percetakan dan penerbitan The Herald menggunakan perkataan Allah," ujar Hakim Abdul Aziz.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment