Sabtu, 2 November 2013

AMARAN !! CAJ ASTRO AKAN NAIK APA KATA PAK MENTERI @shaberyc @ASTROARENA @501Awani @SKMM_MCMC


Dilaporkan bayaran langganan bulanan dinaikkan masing-masing RM2 dan RM6 bagi pakej keluarga dan pakej sukan mulai 24 November ini.

Kajian Diperlukan Berhubung Kenaikan Kadar Perkhidmatan Astro

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) disaran mengkaji tindakan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan kadar perkhidmatannya sebelum perkara itu dipanjangkan ke pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk sebarang tindakan lanjut.

Saranan itu dibuat Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Jailani Johari. "Saya ada dengar isu kenaikan harga Astro. SKMM selaku satu badan kawal selia mungkin sudah dimaklumkan perkara itu. "Apa-apa kajian yang dibuat pihak SKMM perlu ambil kira isu-isu yang dibangkitkan pengguna Astro sebelum ini seperti 'program ulangan' dan sebagainya, sebelum diajukan kepada pihak kementerian untuk buat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili kerajaan pada majlis resepsi sempena sambutan 'King's Day' bagi negara Belgium di sini malam Jumaat.

Jailani menarik perhatian bahawa Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia memberi kuasa kepada menteri untuk memainkan peranan dalam menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi kepentingan orang ramai.

Dilaporkan bayaran langganan bulanan dinaikkan masing-masing RM2 dan RM6 bagi pakej keluarga dan pakej sukan mulai 24 November ini.

Penyedia perkhidmatan, Astro Malaysia Holdings Berhad, dilaporkan berkata kenaikan itu buat pertama kali dalam tempoh dua tahun itu disifatkan sebagai 'peningkatan sederhana'. -BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah