Sunday 17 November 2013

Amaran !! Langkawi Bergelora Pun Salan UMNO juga ker ?!! @n_izzah @AnwarIbrahim


Apa yang berlaku di Pulau Lagenda Langkawi memang tidak dijangka.... Tapi jangan salah UMNO pula.. 

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa pada Sabtu.


Wan Salleh yang juga Ketua Cabang PKR Langkawi, berkata tindakan itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati dengan pucuk pimpinan tertinggi parti yang membelakangkannya dalam beberapa perkara termasuk pemilihan calon dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu, ketika beliau masih mengetuai parti itu di Kedah.

"Saya dengan ini mengisytiharkan meletak jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Langkawi dan keluar daripada parti PKR berkuat kuasa hari ini dan tidak akan melibatkan diri lagi dengan PKR," katanya dalam sidang media di sini.


Wan Salleh meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Kedah pada 15 Mei lepas.

Katanya keegoan dan keangkuhan pucuk pimpinan menyebabkan beliau tawar hati untuk meneruskan perjuangan dalam parti itu.

"Kepimpinan pusat tidak mahu mendengar nasihat kepimpinan tempatan," katanya menambah terdapat keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti berhubung beberapa isu tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.

Beliau berkata peletakan jawatan itu bukan atas desakan mana-mana pihak tetapi keputusan beliau sendiri.

Wan Salleh berkata beliau juga tidak akan menyertai mana-mana parti sebaliknya akan menumpukan kepada kerja-kerja amal untuk membantu masyarakat. 

Katanya beliau juga akan terus menabur bakti kepada penduduk di Langkawi namun bukan atas tiket politik.

Kekecewaan dan anatara sebab Wan Salleh Meninggalkan PKR :- 

 -        PKR pusat tidak mengambil berat kpd Cabang2 di seluruh Malaysia  dan ketua2 yg bertungkus lumus menghidupkan parti
 
-     Telah mengosongkan pejabat PKR Langkawi kerana telah 6 bulan tertunggak.
 
-   Pimpinan Pusat dan Negeri dilihat angkuh tanpa mengambil tanggungjawab terhadap kesunggguhan ketua2 cabang yg bersusah payah, berhabis wang ringgit, tenaga serta mencari sokongan namun dikesampingkan cth kepimpinan di Kulim Bandar Baru, Alor Setar, Kubang Pasu dan yg nyata Langkawi
 
-     Kecewa kerana tidak diberi peluang utk bertanding di DUN Kuah namun membawa masuk org asing yg tidak faham keadaan setempat.
 
-   Kepimpinan Pusat tidak mahu mendengar nasihat kepimpinan tempatan
 
-     Akan terus menabur bakti kpd pddk Langkawi setakat   kemampuannya namun bukan ats tiket politik...tidak akan menyertai mana2 parti politik
 
-        keluar parti bukan kerana ditawarkan wang ringgit oleh mana2 parti...tidak akan menyertai UMNO dan tidak akan berkompromi dgn UMNO krn bersimpati dengan rakyat Malaysia.
 
-        Jika badan NGO perlu utk memberi ucapan/buah fikiran akan di utamakan demi nasib anak bangsa Malaysia.
 
-        Mengistiharkan meletak jawatan sbg Ketua Cabang PKR Langkawi dan keluar dari parti PKR berkuatkuasa hari ini dan tidak akn melibatkan diri lagi dgn PKR.
 

No comments:

Post a Comment