Ahad, 24 November 2013

Any Time Any Day !! " Dapatkan isteri tambahan dengan begitu mudah" @inspirasiislami



Di Pendang terdapat 156 Gadis dan 341 Janda Sedia Berkahwin!! Memang seronok dan berbahagia la puak-puak Syiah ni....

Cegah sebelum parah.... Harap pihak berwajib memantau dan mengambil tindakan lebih keras... Selamat Anak Melayu Islam.

surat dari Syiah Taqiyah yang berpusat di Pendang ni.





Nikah mut’ah bermaksud pernikahan yang diletakkan tempoh tertentu di dalam akad. Bagi golongan syiah, nikah mut’ah adalah halal. Sedangkan hukum yang disepakati oleh kebanyakan ulama’ adalah haram berdasarkan dalil dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh saidina Ali r.a:

“Rasulullah s.a.w telah mengharamkan pada hari Khaibar daging keldai dan nikah Mut’ah”.

Meskipun ada yang menyatakan nikah mut’ah pernah dihalalkan dalam islam, tetapi hukum asal itu telah dimansuhkan dengan hadis di atas yang datang kemudian. Tetapi golongan syiah tetap berkeras bahawa hukum nikah mut’ah itu tetap halal berdasarkan dalil dari al-quran yang bermaksud:

“kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna). {an-Nisa’: 24}

Sebenarnya ayat suci al-quran di atas telah disalahtafsirkan oleh golongan syiah untuk kepentingan mereka sendiri. Sedangkan ayat di atas ialah dalil kewajipan membayar mahar untuk sebuah akad pernikahan yang sah.

Ditambah pula dengan hadis palsu yang disandarkan ke atas nabi Muhammad s.a.w untuk menguatkan hujah mereka seperti hadis palsu dibawah:

“Sesiapa yang bermut’ah dengan wanita Muslimah seolah-olah telah menziarahi Kaabah sebanyak 70 kali”

Melihat hadis di atas ini pun akal yang waras tidak boleh menerimanya. Masakan seorang itu mampu meraih pahala sebanyak itu dengan hanya bermut’ah? Sedangkan amalan mut’ah itu amat mudah jika dibandingkan dengan menziarahi kaabah walau sekali.

Kemudian datang pula hadis palsu yang lain seperti ini:
“As-Sayid Fathallah Al-Kashani meriwayatkan dalam ‘tafsir minhaj as-sodiqin’  daripada Nabi telah bersabda: “Sesiapa yang bermut’ah sekali darjatnya seperti darjat Al-Husain, sesiapa yang bermut’ah dua kali darjatnya seperti darjat Al-Hasan, sesiapa yang bermut’ah tiga kali darjatnya seperti darjat Ali bin Abu  Talib, sesiapa yang bermut’ah empat kali darjatnya seperti darjat ku”.

Tidak cukup dengan itu, mereka menggunakan dalil lain yang kononnya ialah kata-kata dari imam mereka sendiri untuk menguatkan lagi hujah songsang mereka. Antara kata-kata imam mereka berkaitan amalan mut’ah, kononnya imam as-sadiq berkata:

“Sesungguhnya mut’ah agama ku dan agama nenek moyang ku. Sesiapa yang beramal dengannya dia telah beramal dengan agama kami, sesiapa yang mengingkarinya, dia telah mengingkari agama kami dan telah beriktikad dengan selain daripada agama kami”.

Cukup dalil palsu di atas ini membuktikan syiah itu benar-benar mahu menegakkan benang yang basah. Hukum haram sudah jelas, mereka mencari jalan lain untuk menghalalkannya. Jika mereka sanggup berbohong dalam hal-hal agama, tidak mustahil mereka kerap berbohong dalam hal-hal dunia.

Hal mut’ah ialah perkara biasa bagi golongan syiah. Sehinggakan mereka dibenarkan bermut’ah dengan kanak-kanak tidak mengira usia. Hal ini diceritakan diketika mana imam Khomeini bermusafir dan singgah di rumah kawan baiknya untuk berehat. Ketika mereka bersembang, anak perempuan tuan rumah melalui mereka dan imam Khomeini terlihat padanya. Kemudian imam Khomeini meminta tuan rumah untuk bermut’ah dengan anak perempuannya pada malam itu.

Di keesokan paginya, imam Khomeini disoal berkaitan nikah mut’ah dengan kanak-kanak kecil. Beliau menjawab: “sesungguhnya bermut’ah dengan kanak-kanak tersebut adalah harus tetapi dengan bercumbu-cumbuan, berciuman dan meletakkan zakar antara dua peha. Adapun bersetubuh, dia (kanak-kanak) masih belum mampu untuk melakukannya”.

Seperkara lagi yang jelek dengan golongan syiah ini ialah mereka menghalalkan mut’ah pada wanita golongan awam dan haram bermut’ah dengan wanita golongan sayid. Hal ini jelas diskriminasi golongan tertentu untuk memenuhi hajat dan nafsu mereka semata-mata sehingga sanggup berbohong menggunakan nama agama.

Di sini terdapat beberapa kesan buruk amalan mut’ah:

1-      Mut’ah itu sendiri sudah bertentangan dengan syariat islam iaitu nikah yang sah.
2-      Mereka menghalalkan mut’ah dengan mnggunakan dalil-dalil palsu yang tiada asalnya demi menghalalkan apa yang haram.
3-      Menghalalkan mut’ah pada wanita yang sudah bersuami meskipun tanpa pengetahuan suaminya.
4-      Anak-anak gadis bebas bermut’ah tanpa pengetahuan ibubapa.
5-      Mereka yang menghalalkan mut’ah itu membenarkan diri mereka untuk bermut’ah dengan anak orang lain sedangkan mereka melarang orang lain bermut’ah dengan anak mereka sendiri.
6-      Tidak perlu saksi, wali dan makluman pada umum.
7-      Membuka ruang yang luas kepada para remaja yang inginkan maksiat tetapi berselindung dengan nama agama.

Terdapat beberapa kisah yang sering berlaku berkaitan mut’ah. Antaranya adalah kisah seorang wanita yang selalu dinikahi mut’ah oleh seorang sayid. Selama berpuluh tahun lelaki sayid ini bermut’ah dengan wanita ini sehingga dia sudah puas, dia pun meninggalkan wanita tersebut. Setelah itu wanita itu pun hamil. Dan dia dengan yakin dan pasti bahawa anaknya itu ialah hasil pernikahan mut’ahnya dengan lelaki sayid tersebut kerana dia tidak pernah bermut’ah sepanjang hidupnya kecuali pada lelaki sayid itu sahaja.

Kemudian bertahun kemudian, anak yang dilahirkannya itu sudah menginjak usia dewasa dan kelihatan cantik. Pada suatu hari, anak perempuannya itu pulang dalam keadaan hamil. Kemudian ibunya bertanya dengan siapakah dia bermut’ah. Anak perempuannya pun memberitahu bahawa sayid sekian-sekian yang telah bermut’ah dengannya sehingga hamil. Tercengang ibunya lantas menceritakan kepada anaknya itu bahawa sayid yang telah menghamilkannya ialah bapanya sendiri.

Demikianlah sebahagian dari kisah berkaitan mut’ah. Semoga kita semua boleh mengambil pengajaran dan menjauhi ajaran syiah yang telah memesongkan agama atas nama agama. Wallahua’lam.


Tajuk buku : ‘kenapa aku meninggalkan syiah’
Karangan : Syeikh Al-Allamah Dr. Hussain Al-Musawi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah