Tuesday 19 November 2013

BLOGER A.K.A MACAI PAS DESAK KARPAL SINGH MOHON MAAF. @AnwarIbrahim2 @dapmalaysia @abby_abadi112


Dah hampa tau.... Karpal Singh tu kaki auta.. hangpa syiok dok asmaradana dia pulak...

Hubungan PAS dan DAP ibarat retak menanti belah apabila beberapa pemimpin PAS bercakaran dengan Karpal berhubung isu mengharamkan parti politik dan NGO berasaskan kaum dan agama di negara ini.

Konflik bermula apabila Raja Ahmad mendakwa Pengerusi DAP itu seorang pembohong kerana menafikan beliau ada membuat gesaan berhubung pengharaman berkenaan dalam satu sidang media pada 5 November lalu.


Karpal yang berang dengan tindakan Raja Ahmad sebaliknya mendakwa, Naib Ketua DPPM itu yang merupakan seorang pembohong kerana menuduh-nya tanpa merujuk kepada transkrip penuh sidang media di Pulau Pinang pada 5 November lalu.

Pengerusi DAP turut menyifatkan Naik Ketua DPPM itu seorang pemimpin PAS yang tidak tahu menjaga tatasusila dan memberi amaran kepadanya supaya menjaga bahasa.


Malah, Karpal berkata, PAS sepatutnya berterima kasih kepadanya selain menyifatkan Raja Ahmad cuma seorang ahli politik `kecilan' dalam hierarki kepimpinan PAS.

Raja Ahmad membalas kutukan Karpal dengan mendesak Karpal meminta maaf kepada PAS dalam tempoh lima hari mulai hari tersebut atau berhadapan
tindakan lanjut.


Mengulas desakan itu, Karpal berkata, permintaan oleh beberapa pemimpin PAS yang jahil Bahasa Inggeris supaya beliau meminta maaf kepada parti itu dalam masa lima hari suatu perkara yang aneh dan tidak wajar.

Sehubungan itu, tegasnya, beliau tidak akan membuat permohonan maaf tersebut hanya kerana disebabkan pemimpin PAS yang tidak faham Bahasa Inggeris telah salah faham mengenai kenyataannya.


"Raja Ahmad yang sepatutnya meminta maaf kepada orang ramai kerana telah memberi kefahaman yang salah kepada masyarakat mengenai kenyataan saya,"
tegasnya. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment