Khamis, 7 November 2013

Kerajaan tidak boleh sekat Astro naikkan yuran pakej‎. @NahibRazak @MuhyiddinYassin @tv3malaysia


Kerajaan tidak boleh menyekat keputusan Astro menaikkan kadar yuran langganan bagi pakej rancangan tertentu yang ditawarkannya baru-baru ini kerana ia dilaksanakan berdasarkan keadaan semasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, setahu beliau, keputusan stesen televisyen berbayar itu menaikkan caj yuran adalah melibatkan pakej premium terutama yang mengandungi rancangan sukan.

"Setahu saya, kenaikan caj melibatkan pada siaran pakej premium sementara pakej asas tidak. Yang lain (premium) adalah pilihan pengguna. Seperti rancangan sukan, kos kandungannya pada hari ini adalah tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan inisiatif komunikasi terbaharu, Hub Komunikasi Nasional Setempat Neutral (My1Hub), sistem kabel dasar laut persendirian pertama negara, Cahaya Malaysia dan Gerbang Antarabangsa Iskandar (IIGW) oleh Telekom Malaysia Bhd. (TM), di sini hari ini.

Astro baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggannya pelarasan kadar yuran langganan melibatkan tambahan RM2 bagi Pakej Keluarga dan RM6 bagi Pakej Sukan bermula 24 November ini. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131107/hi_04/Kerajaan-tidak-boleh-sekat-Astro-naikkan-yuran-pakej#ixzz2jx5t7qAy 


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah