Sunday 3 November 2013

Menang Di #PRKSgLimau impian laksana "HUDUD" bakal tercapai . #BeraniHijrah #KEDAHAMANMAKMUR @MukhrizMahathir


Tetapi jangan lupa pernah ada dua orang Ustaz dan Ustazah lulusan Al-Azhar Mesir telah mengisytiharkan diri murtad dan keluar daripada agama Islam. Pernah ada Ustaz dicekup berkhalwat. Pernah ada Ustaz yang menyondol isteri orang. Menjadi Ustaz dan Ustazah, menjadi graduan dan lulusan Al-Azhar semata-mata bukan tiket dan kelayakan untuk menjadi pemimpin dan wakil rakyat!


SANDIWARA HUDUD PAS LAGI?

Beranikah Datuk Seri Hadi Awang membawa usul hudud ke Mesyuarat Kepimpinan Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS supaya hudud diterima dan dilaksanakan sebagai undang-undang negara jika pembangkang menang PRU dan berkuasa?

2. Bukankah Datuk Seri Hadi Awang sendiri pada 08 Sept 2008 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang yang menegaskan pendirian 'menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan termasuk dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan?'.

3. Bukankah Datuk Seri Hadi Awang sendiri pada 19 Disember 2009 di Auditorium MBSA Shah Alam dalam Konvensyen Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS menandatangani Memorandum Persefahaman yang menegaskan akan 'mempertahankan Perlembagan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan?'.

4. Bukankah Datuk Seri Hadi Awang sendiri menyatakan dalam Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk 'Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan" pada 18 Januari 2003 bahawa 'justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan Syari'at menjadi punca perpecahan BA dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat Federal. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub didlam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini diperingkat Federal. Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, BA atau Pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat Federal atau Pusat, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada?'.

5. Bukankah Datuk Seri Hadi Awang yang menyatakan semasa Muktamar Agong PAS 2011 bahawa 'Negara Islam tidak disebut dalam Al-Quran, yang disebut ialah Negara Berkebajikan?'.

6. Bukankah Datuk Seri Hadi Awang pada 08 Jan 2013 bersesama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menyatakan kristian boleh menggunapakai kalimah ALLAH, dan walaupun Majlis Syura' PAS telah pada 13 Jan 2013 menegaskan kristian tidak boleh mengguna-pakai kalimah ALLAH atas soal aqidah, Datuk Seri Hadi Awang tidak pernah menarik balik persetujuan pembangkang 08 Januari 2013 tersebut?

7. Adakah Datuk Seri Hadi Awang lupa kenyataan beliau mengenai perlaksanaan hudud semasa mengambil alih menjadi Menteri Besar Terengganu?

Sebenarnya saya boleh aturkan beberapa lagi kenyataan dan pendirian Datuk Seri Hadi Awang dan PAS mengenai hudud dan negara Islam. sambung baca di sini

No comments:

Post a Comment