Isnin, 11 November 2013

Pak Guard konterversi dah pandai berlakon. @MyMeleTOP


“Saya akan tetap teruskan pekerjaan ini walaupun sudah bergelar pelakon,” kata pengawal keselamatan di Subang Skypark Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Azman Md Nayan.


Menurutnya buat masa ini, dia tidak bercadang untuk berhenti kerja dan menjadikan bidang lakonan sebagai sumber pendapatan utama kerana sedar di mana kedudukannya dan tempat dia mula bekerja.

“Tambahan pula, majikan pun membenarkan saya berlakon secara sambilan dan kebetulan esok pagi (hari ini) pun saya terima satu lagi tawaran berlakon memegang watak pengawal keselamatan dari sebuah syarikat bas.

“Walaupun masih bekerja, majikan beri saya pelepasanuntuk watak tersebut yang mungkin hanya selama beberapa minit,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Semalam, Azman, 49, sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila gambarnya bersama pelakon Izara Aishah dan Dazrin Kamarudin di kawasan parkir di LTSAAS tersebar luas.

“Ketika itu saya sedang rehat dan tiba-tiba seorang lelaki datang meminta saya berlakon sebagai sebagai pengawal keselamatan dan saya pun bersetuju,” katanya sambil menambah menerima bayaran RM100 untuk watak kira-kira dua minit itu.

Azman mula mencetuskan perhatian umum selepas rakaman insiden kekecohan dengan isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, Siti Aisya Adam, 24, tersebar di Internet sejak 23 September lalu.

KK : Mudah-mudahan bertambahlah rezeki pakcik.. Siapa boleh dugakan rezeki masing-masing.
Sumber.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah