Sabtu, 2 November 2013

#PRKSgLimau : Panas !! 5 Kali kena "KENCING" hampa dok buat apa ? @MuhyiddinYassin #BeraniBerubah #KEDAHAMANMAKMUR

Semuanya indah kata dari rupa….
Pakatan Rakyat Hanya Tau Tabur Janji Kosong Dan Pandai Menipu. Gelaran 'munafik' memang wajar diberikan kepada Pakatan Pembangkang Malaysia yang dikapalai DAP, dibontoti PKR dan diekori oleh Parti Islam PAS. Menabur janji semata-mata ingin merasai nikmat berkuasa sebagai pemerintah.


"BEKAS MENTERI BESAR (ARWAH)
DAH 2 KALI MAI PECAH TANAH
TAPI TAK JADI APA-APA PUN"
Masing masing boleh renungkan siapa yang menepati janji dan siapa yang hanya pandai BERJANJI


Insyaallah... kali ini atas dasar #BeraniHijrah usaha dan tindakan awal telah dilaksanakan. Malahan fasa pertama telahpun dimulakan. Seterusnya jika diberikan mandat dan kepercayaan Barisan Nasional akan menyelesaikan permasaalah serta akan membangunkan DUN Sg Limau.


Janji Barisan Nasional (BN) selaku parti yang memerintah terbukti lebih realistik berbanding apa yang dijanjikan pembangkang kepada rakyat. 

Menjadi harapan supaya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dapat membuat pertimbangan wajar sebelum memilih wakil rakyat mereka pada 4 November nanti. 
“Janji kita (BN) bukan janji kosong sebab kita ada keupayaan selaku parti pemerintah di Kedah dan juga di peringkat Pusat. Jadi, keupayaan untuk kita bantu tingkatkan perkhidmatan, keselesaan dan ringankan beban rakyat lebih diyakini.

“Berbeza dengan pihak sana (pembangkang), apa yang dijanjikan mereka boleh diragui kerana mereka hanya mampu bangkang dan desak, pelaksanaannya tertakluk kepada bidang kuasa kita (BN) sebagai kerajaan negeri.

“Jadi alangkah baiknya jika wakil rakyat di Sungai Limau datang dari parti yang sama dengan kerajaan negeri dan Pusat, lebih senanglah kerja kita nak bangunkan kawasan ini,” DPMM-BH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah