Friday 1 November 2013

#PRKSgLimau : Panas !! Amanat Allahyarham Azizan Beritahu Saya Tolak @anwaribrahim #BeraniHijrah @n_Izzah


Menurut maklumat Anwar dijangka bakal tiba ke sini pada hari ini bermula dengan sesi minum petang bersama beliau di Bilik Gerakan Angkatan Muda Keadilan Kg Selengkoh jam 4 petang sebelum beliau memulakan sesi ceramah malam ini sehingga tamat tempoh berkempen.

Allahyarham Ustaz Azizan memang tidak menyukai Anwar Ibrahim. Malahan ketika Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, Anwar orang yang selalu hentam beliau bukan sahaja secara terus, siap letak proksi lagi untuk lawan Ustaz Azizan.

Zainudin Maidin – Memberikan undi kepada calun Pas di kawasan Sg Limau adalah memberikan undi kepada Anwarinas yang memperkudakan Pas selama ini dan mahu menjadikan Pas sebagai batu loncatan untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Ingat Harakah yang dikuasai oleh Anwarinas telah menyatakan bahawa Haji Hadi hanya layak untuk menjadi nelayan.




Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak cukup menyedari pandangan rendah dan kecil Anwar Ibrahim terhadap ulama dan beliau tidak senang dengan Anwar lama sebelum PKR berkerjasama dengan Pas dalam Pakatan Rakyat.
Saya ingin memberitahu seluruh ahli Pas dan juga orangramai apa yang dinyatakan oleh Allahyarham Azizan kepada saya ketika beliau melancarkan buku” Haji Abdul Rahman Merbok” seorang ulama pejuang kemerdekaan yang terkenal di negeri Kedah yang ditulis oleh Ismail Rastu seorang penulis beberapa buah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka selepas Pilhanraya Umum 2008.video Tan Sri Zam bercerita mengenai Allahyarham Ustaz yang benci kepada Anwar.




Jemputan kepada Azizan yang dibuat oleh saya tidak menyenangkan orang orang UMNO tempatan dan mereka tidak hadhir bersama saya kecuali beberapa orang pegawai JASA.Mereka heran bagaimana saya boleh menjemput Azizan sedangkan saya baru kalah pilihanraya di kawasan Sg Petani setelah disingkirkan dari kawasan Merbok dalam masa dua hari sebelum pilihanraya dan ketika itu saya tidak mempunyai sebarang kedudukan kecuali sebagai seorang calun yang kalah.
Dalam ucapan di majlis itu yang diadakan di sebuah surau berhampiran dengan Pekan Merbuk, Azizan menyatakan bahawa beliau hadhir memenuhi jemputan saya kerana pertama sekali:
* Haji Abdul Rahman Merbok adalah guru kepada bapanya Abdul Razak. Dan kedua:
* kerana” Zam adalah kawan saya.”
Kami sama sama pernah di Maktab Mahmud Alur Setar dan juga kemudiannya di London antara tahun 1975-76 dan kerap berjumpa di Malaysia Hall, Marble Arch.
Sesuatu yang tidak mungkin dapat saya lupakan seumur hidup saya ialah bila di majlis itu di tanya oleh Azizan kenapa saya berikan peluang untuk siaran langsung perdebatan terbuka Anwar Ibrahim dengan Sabri Chik (Menteri Penerangan) di RTM. Saya menjawab ” Maaf Datuk “saya bukan lagi menteri penerangan” dan beliau ketawa.Memang benar pandangan Azizan, Perdebatan itu membawa malapetaka kepada UMNO.
Allahyarham Tan Sri Azizan semasa hayatnya kelihatan mesra membisikan sesuatu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Ini bukan gambar superimosed menggunakan teknik photoshop tetap gambar asli, tulin dan benar.
Saya telah lama faham dengan sikap Azizan terhadap Anwar. Azizan bukanlah ulama jumud seperti kebanyakan pemimpin Pas yang mudah dicucuk hidung oleh Anwar .Maka itu Anwar tidak mengujungi Azizan ketika sakit di Hospital.
Dosa orang Anwarinas termasuk di Kedah terlalu besar terhadap Azizan dan keluarganya. Maka itu sebagai mengenang jasanya dan menghormati Allahyarham yang mahu diinanyai oleh orang Anwar sendiri dalam Pas di Kedah, penduduk Sg Limau mestilah menolak calun Pas di kawasan ini sekalipun dikatakan mewakili Azizan tetapi yang lebih penting ialah menjiwai hasrat terpendam Azizan sendiri yang tidak pernah dinyatakannya secara terus terang tetapi saya tahu.
Satu undi kepada calun Pas di Sg Lima berarti satu undi kepada memperkuatkan Anwarinas di dalam Pas.

No comments:

Post a Comment