Saturday 9 November 2013

Syiah vs Liberal Yang mana pilihan hati ? @rakyatnews @DPPMalaysia



Ahli PAS terpaksa undi calon Timb. Presiden tidak popular. Pihak paling rugi apabila berlaku pertembungan antara Mohamad Sabu dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk jawatan timbalan presiden PAS adalah ahli PAS keseluruhannya.


Ini kerana, pilihan utama mereka Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa tidak menyertai pertandingan itu. Mereka hanya dapat memilih dikalangan kurang popular sahaja padahal mereka perlu menentukan orang nombor dua dalam parti Islam itu.

Tuan Ibrahim dan Husam semalam, menjelang tarikh tutup pengesahan pertandingan parti pada jam 5 petang 8 November, mengumumkan mereka hanya akan bertanding jawatan naib presiden dan menolak untuk bertanding tim. presiden.



Semasa pencalonan diterima, Tuan Ibrahim dilaporkan mendapat pencalonan terbanyak iaitu lebih 50% daripada 103 pencalonan yang sah daripada kawasan di seluruh negara.

Husam pula dikatakan mendapat pencalonan kedua terbanyak. Namun sehingga kini ia tidak didedahkan kepada umum. Pihak jawatankuasa pemilihan PAS yang diketuai Asmuni Awi hanya memaklumkan jumlah pencalonan yang diterima kepada calon berkenaan sahaja.


Poll yang dibuat oleh Tranungkite pada 30 Oktober lalu. Poll yang dibuat oleh Tranungkite pada 30 Oktober lalu.Dalam poll yang dibuat sebuah laman pro PAS, Tranungkite.net, Tuan Ibrahim menjadi calon paling popular di kalangan ahli PAS manakala Husam ditempat

kedua. Keputusan ini selari dengan peratusan pencalonan yang mereka terima. Menurut poll itu, Mohamad berada di tempat ketiga manakala Nik Amar tempat keempat selepas seorang lagi calon Salahudin Ayub yang sejak awal mengumumkan hanya bertanding bagi jawatan naib presiden sahaja.


Tuan Ibrahim ketika mengumumkan hanya menerima pencalonan untuk naib presiden berkata, berasa tidak mampu untuk memikul jawatan yang lebih tinggi daripada itu.

Husam pula dalam kenyataannya berkata, pencalonan paling banyak yang beliau terima adalah untuk jawatan naib presiden. "Saya anggap ia adalah isi hati, pedoman dan pilihan akar umbi PAS jawatan mana yang mereka ingin saya tempatkan diri saya," kata Husam dalam kenyataannya.

Dengan penolakan kedua-duanya, pemilihan yang sukar bagi perwakilan PAS dalam Muktamar PAS ke-59 pada 22 hingga 24 November ini adalah untuk jawatan naib presiden.


Bagi kerusi naib presiden, calon-calon kini adalah Salahudin Ayub, Datuk Abu Bakar Chik, Tuan Ibrahim dan Husam manakala Datuk Mahfuz Omar belum membuat sebarang pengumuman."Saya telah memberitahu wartawan sebelum ini, saya mahu Pengerusi Jawatankuasa Pemilih yang memaklumkan keputusan saya," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Idris Ahmad dan Datuk Mujahid Yusof mengumumkan akan bertanding jawatan AJK PAS Pusat sahaja manakala seorang lagi calon yang layak, Nasrudin Hassan mengumumkannya sejak awal lagi akan bertanding AJK PAS Pusat sahaja.

Perwakilan sekarang terpaksa membuat pilihan antara empat calon utama iaitu tiga penyandang Salahudin Ayub, Husam dan Mahfuz serta dengan kedatangan calon popular, Tuan Ibrahim. Abu Bakar Chik yang turut bertanding dikatakan calon 'underdog' untuk pertandingan naib presiden ini kerana beliau agak tertinggal daripada pucuk pimpinan utama parti selepas berhenti daripada jawatan Ketua Pemuda PAS sebelum ini.


Salahudin dikatakan mendapat sokongan kedua-dua pihak, ulama dan bukan ulama serta paling popular daripada semua calon yang ada. Tuan Ibrahim pula dilihat bakal mewarisi pucuk pimpinan utama PAS di masa depan, sudah tentu dia juga bakal menang.


Kini persaingan antara Husam dan Mahfuz. Husam dikatakan mempunyai penyokong tersendiri manakala Mahfuz pula baru membuktikan kemampuannya selepas calon PAS berjaya di pilihan raya kecil Sungai Limau. Justeru, sudah tentu tugas sukar bagi perwakilan membuat pilihan di samping dilema yang mana calon terbaik sebagai naib presiden PAS musim ini. – 9 November, 2013.

TMI

No comments:

Post a Comment