Friday 15 November 2013

TAHNIAH PAS !! Hudud: 'Patut sudah lama dilaksanakan' - Harun Taib @rakyatnews


Kerajaan Pas Kelantan sewajarnya segera menguatkuasakan hukum hudud di negeri itu seiring dengan kesediaan Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat, kerajaan negeri berkenaan sepatutnya sudah lama menggerakkan usaha ke arah itu jika prasarana sudah disediakan.

"Kalau mereka (Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan) kata sudah sedia, baguslah dan boleh laksanakan sekarang. "Saya alu-alukan dan sokong sekiranya kerajaan Pas Kelantan segera laksana dan kuatkuasa hukum hudud yang telah kita (Pas) perjuangkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Harun diminta mengulas kesediaan Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan melaksanakan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut dalam masa terdekat.


Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad dilaporkan berkata, pihaknya mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksanakan hukum Islam itu.


Bagaimanapun, menurut Daud, kerajaan Pas Kelantan perlu menambah jumlah hakim sekiranya hukum itu mahu dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Terserahlah kepada kerajaan Pas Kelantan, kalau dah sedia nak jalankan, saya setuju lah. Sebagai orang Pas, saya berpendapat sepatutnya hukum hudud ini sudah lama dilaksanakan," katanya.

No comments:

Post a Comment