Rabu, 20 November 2013

TUHAN HARUN BERJAYA DITAHAN. @PDRMsia @KBAB51 @


Ketua kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun iaitu Harun Mat Saat,47 yang dicari polis untuk bantu siasatan kes pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama
Pahang (JAIP) Mohd Raffli Ab Malek berjaya dicekup.


Harun ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah di Tangkak,Johor kira-kira 3.30 petang Rabu. Difahamkan turut ditahan ialah dua anggota keluarga Harun.

Pada 11 November, sehari selepas Mohd Raffli ditembak depan rumahnya dekat Kuantan, Ketua Polis Negara , Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan 31 orang pengikut ajaran sesat Tuhan Harun diarah-kan menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Katanya jika tidak polis akan mula mengesan mereka.Namun tiada siapa yang antara mereka mematuhi arahan itu.-20/11/2013 (angenda Daily)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah