Tuesday 19 November 2013

#VillaNabila : Mangsa Culik Dilepaskan' Makhluk Halus ? @inspirasiislami


Budak lelaki berusia 16 tahun yang di-laporkan hilang selepas memasuki Villa Nabila, sebuahbanglo yang terbiar di sini dan disenaraikan sebagai salah sebuah dari lima tempat paling menyeramkan di negara ini, telah dijumpai.

Mohamad Izzat Izzudin Hussin, dikatakan telah berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn, disini.  Ibunya Norhayati Mohamad, 39, berkata, polis memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya telah ditemui sekitar pukul 2 pagi Selasa. "Saya lega kerana saya benar-benar percaya bahawa makhluk halus telah mengambil anak saya," katanya ketika dihubungi.

Norhayati berkata, beliau berjaya bercakap dengan anaknya secara ringkas dan anaknya memberitahu bahawa dia telah terlupa untuk memberitahu ibunya dimana dia berada.

"Dia tidak pernah hilang seperti ini sebelum ini, sekarang saya hanya berasa lega, " katanya, sambil menambah anak lelakinya itu masih disoal siasat oleh pihak polis pada masa ini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa seorang remaja lelaki telah hilang selepas dia dilihat memasuki bangunan terbiar di Danga Bay di sini pada sabtu. Turut dilaporkan bahawa sekumpulan 23 kanak-kanak juga telah hilang. Polis, bagaimanapun, menafikan laporan yang kedua.

Portal pelancongan yang berpangkalan di AS, Expedia baru-baru ini menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima tempat yang paling berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila. Banglo ini terletak di atas bukit yang menghadap ke Selat Johor.

SUMBER

No comments:

Post a Comment