Sunday 10 November 2013

WOW !! Gadis Ngankong Kena Jackpot TOTO RM27 Juta . @inspirasiislami @rakyatnews


Dimaksudkan dengan judi itu ialah setiap perkara yang mempunyai unsur beradu nasib atau pertaruhan, sama ada ia sedikit atau banyak dan kecil atau besar. Walaupun judi diberi nama yang bermacam-macam, berbagai-bagai rupa dan cara seperti loteri, tikam ekor, bertaruh, main ketam, semuanya itu adalah haram dan dosa besar. 

SEORANG eksekutif muda wanita yang baru berusia dalam lingkungan 30-an mencatat sejarah antara pemenang judi Toto 4D Jackpot termuda di negara ini bila memenangi pertaruhan sebanyak RM27 juta. 

Berasal dari Kuala Lumpur, wanita berkenaan telah membeli gabungan nombor 5757 dan 1113 yang diilhamkan dari nombor lesen memandunya, nombor plat kereta dan beberapa tarikh bermakna dalam hidupnya.
  
Apapun jangan pula jadikan wanita ini sumber inspirasi pulak kerana ternyata selain judi itu sendiri satu perbuatan haram di sisi orang Islam, ia ternyata tidak membawa faedah.

Selalunya, mereka yang kaki judi ini akan musnah kehidupan masing-masing kerana terlalu banyak bertaruh sedangkan peluang untuk menang terlalu dan sangat TIPIS.

Wanita ini mungkin bertuah tetapi perlu ingat, ianya mungkin satu dalam sejuta.

Mahu senang atau kaya kenalah berusaha, tiada jalan singkat untuk mendapat apa yang kita idamkan…tetapi kalau rajin dan cekal, segalanya tidak mustahil!

Macam-macam hal….-Mynewshub.my

JUDI, HARAM DI SISI ISLAM

Dimaksudkan dengan judi itu ialah setiap perkara yang mempunyai unsur beradu nasib atau pertaruhan, sama ada ia sedikit atau banyak dan kecil atau besar. Walaupun judi diberi nama yang bermacam-macam, berbagai-bagai rupa dan cara seperti loteri, tikam ekor, bertaruh, main ketam, semuanya itu adalah haram dan dosa besar. 

Walaupun agama Islam awal-awal lagi mengharamkan judi, masih ada di kalangan orang Islam yang membabitkan diri dengan judi. Seperti membeli tiket loteri semata-mata untuk mendapatkan harta atau wang yang banyak dengan cara mudah atau ingin cepat kaya tanpa perlu bersusah payah. 

Mereka terpikat dengan hadiah atau ganjaran tinggi. Misalnya, dengan membuat pertaruhan sebanyak RM10, mereka berpeluang mendapat wang berpuluh-puluh ribu ringgit. Gejala seumpama ini menyebabkan ada orang yang sanggup menghabiskan wang dan masa semata-mata untuk berjumpa bomoh, pergi melakukan pemujaan di kubur lama dan pokok besar. 

Ada juga yang mendapatkan nombor kenderaan yang terbabit dalam kemalangan, mendapatkan nombor daripada mimpi dan sebagainya. Pada tanggapan mereka, hal ini dapat mendatangkan tuah dan keuntungan. Demikianlah keadaan seseorang yang sudah menjadi kaki judi atau hamba judi, mereka sanggup melakukan apa saja walaupun ia bertentangan dengan agama demi mencapai hasratnya. 

Allah SWT menerangkan bahawa judi adalah satu daripada perbuatan syaitan, maksiat dan dosa. Perbuatan yang menjerumuskan diri kepada kerosakan akidah, sifat tamak dan rakus yang boleh membawa kepada kebinasaan harta dan jiwa, keruntuhan rumah tangga, menimbulkan hasad dengki, pergaduhan, menghabiskan masa yang akhirnya membawa manusia kepada papa kedana, mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga atau masyarakat dan lebih buruk lagi tanggungjawab terhadap Allah SWT. 

petikan : berita harian

No comments:

Post a Comment