Rabu, 11 Disember 2013

ABANG KEPADA TIMB YDP PAS BALING DEDAH PAS AMAL #Syiah

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad yang juga abang kepada kepada bwkas Calon PRU13 Parlimen Baling Brig Jen (B) Datuk Najmi yang kini memegang Timb. YDP PAS kawasan Baling mendedahkan Syiah sememangnya sudah meresap dalam parti itu selepas revolusi Iran dan ramai kalangan mereka menghantar anak belajar ke negara itu.

Nakhaie berkata, Syiah berjaya meresap dalam PAS adalah kerana revolusi Iran dan pada masa itu, mereka masih belum memahami Syiah dalam erti kata sebenar yang boleh membawa kepada penyelewengan akidah.

Nak kesan pengikut fahaman Syiah ini amat susah kerana mereka mempunyai sikap berpura-pura, misalnya bila berada di tanah suci Makkah golongan ini boleh solat mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, katanya.

Sekurang-kurang lima bukti kukuh akan dikemukakan bagi membuktikan kegiatan serta kecenderungan seorang pemimpin kanan PAS terhadap fahaman Syiah di negara ini.

Menurut sumber, segala bukti itu sudah lama dikumpul pihak berkuasa yang sememangnya sudah sekian lama menyedari kegiatan pemimpin PAS terbabit yang mengamalkan fahaman bertentangan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Difahamkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi mendedahkan kepada orang ramai berhubung kegiatan Syiah pemimpin kanan PAS terbabit.

Enggan dedah secara teliti

Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan secara teliti lima bukti yang dimaksudkan bagi mengait pemimpin PAS kerana ia akan didedahkan oleh pihak berkaitan dalam masa terdekat.

Antara kecenderungan pemimpin PAS terbabit terhadap gerakan Syiah ialah mengagumi serta menyeru supaya meneladani pemimpin revolusi Iran iaitu Ayatollah Khomeini, serta perlu menyokong pemimpin Iran itu.

Beliau juga secara terangan mengakui mengagumi ulama Syiah Lubnan selain turut menuntut ilmu agama dengan seorang guru agama Syiah di utara tanah air dan kerap berkunjung ke Iran. Semua bukti itu sudah ada dengan pihak berkuasa dan ia akan didedahkan kepada umum satu masa nanti, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pemimpin PAS yang didakwa berfahaman Syiah didedahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, Sabtu lalu. SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah