Selasa, 31 Disember 2013

Ahli Parlimen Tak Kisah Penderitaan Rakyat. @myberita #RakyatPilihDataranMerdeka3 #TURUN


Pembangkang menyifatkan tahun 2014 merupakan tahun kelaparan atau ikat perut bagi seluruh rakyat negara ini apabila kerajaan bertindak meluluskaan kenaikkan kadar harga tol dan tarif elektrik.


Tetapi bagi pemimpin mereka seolah-olah cakap tak serupa bikin sanggup berbelanja besar pergi 'shopping' hingga ke negeri China. Mereka sepatutnya tidak melakukan perkara ini jika mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan rakyat yang daif.

Walaupun rakyat dikawasan mereka menderita akibat dilanda banjir besar tetapi ahli parlimen ini menyifatkan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Peduli apa dengan pengundi dikawasan Kuantan janji aku pergi shopping dulu.

Belum pun sebarang kenaikan harga, tahun 2014 rakyat disuruh ikat perut, bertahan lapar dan rakyat juga dimomok-momokkan dengan berbagai persepsi kononnya terpaksa membuat catuan dalam perbelanjaan mereka, terpaksa berhadapan dengan satu fenomena yang teruk dari kenaikkan tersebut.

Dengan hanya persepsi buruk yang dilahirkan oleh pemimpin pembangkang dan mereka mahu kerajaan 'halalkan' perhimpunan haram tajaan mereka dengan mempergunakan anak-anak muda dari Institusi Pengajian Tinggi.

Lebih malang apabila mereka yang dilantik dalam kabinet mahupun MT UMNO pun boleh terbawa-bawa dengan konsep kejahilan ekonomi ini dan lebih rela kerajaan menanggung defisit serta keruntuhan ekonomi yang bakal menjejaskan semua semata-mata tidak tahan dengan cemuhan yang tidak berasas. Hanya Perdana Menteri dan menteri kewangan yang giat menerangkan tentang proses rasionalisasi yang termanya rakyat sudah tidak peduli untuk memahaminnya.

Persoalannya sekarang, siapa yang memperolehi keuntungan diatas kesusahan anak-anak muda ini?

Sungai Rapat Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah