Rabu, 4 Disember 2013

@azalina : Finas lulus filem merepek, tak bermutu . #Meletop


Mutu sajian filem dan drama di TV menjadi tumpuan dua MP BN yang menyifatkan bahan tersebut sebagai “merepek” dan “tidak bermutu”.

Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) berkata beliau memerhatikan bahawa tema filem yang diluluskan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu hanya berkisar kepada jenaka, cinta, hasad dengki, pembunuhan atau samseng.


"Eh, takkan itu budaya kita. Takkan Finas, (fikir) itu budaya kita. Cerita bunuh, samseng. Tak ada cerita kita, kalau kita tengok, filem Eropah (ada) yang menekankan aspek digital, menekan perjuangan.

"Contohnya, filem Amerika mengisahkan pembunuhan bekas presiden John F Kennedy, Abraham Lincoln. Ini yang kita nak tengok. "Kita nak tengok (filem) pembunuhan JWW Birch, mungkin kita nak tengok (filem) kehebatan Mat Kilau. Inilah lah kita tengok, kalau Finas nak bagi bantuan, bagilah filem macam ni. Ini bagi filem, anak kita merepek, terus merepek," katanya.

Beliau berkata membahas rang undang-undang perbekala peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Penerangan Komunikasi, dan Multimedia di parlimen lewat petang semalam.
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) menyokong kritikan Azalina dan berkata drama yang disarkan di TV juga "tidak ada mutu langsung"."Kita tengok cerita cinta, cerita hantu... habis semua hantu keluar. Ini tahyul, kalau mengikut ajaran agama, tidak (digalakkan)," katanya.

Katanya, kerajaan sepatutnya memperbanyakkan drama seperti Gerak Khas yang dapat membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia. Mengulaskritikan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Chik mengakui industri perfileman negara masih "belum ditahap membanggakan". Tak mampu bersaing Katanya, pihaknya tidak mampu untuk bersaing industri perfileman di Hollywood berdasarkan kekangan jumlah bajet RM56 juta kepada kementeriannya yang diperuntukkan. Dengan memberi contoh, Ahmad Shabery filem seram 'The Conjuring' arahan pengarah kelahiran Sarawak James Wang yang menghasil filem berharga USD 40 juta dolar yang dianggap kos paling rendah di sana. 

"Berdasarkan populariti atau trend pasaran (di sana), cerita ngeri lagi takut, lagi orang nak pergi tengok, kalau kurang, orang tak pergi tengok. "Filem (itu) kos rendah tapi impaknya besar. (Dihasilkan) dengan USD40 juta. Jadi peruntukan RM56 juta kita nak keluar 70 filem... Betul filem tidak semestinya mahal, tapi dengan RM1 juta, tidak ke mana," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Shabery yang juga ahli parlimen Kemaman berkata pihak kerajaan tidak ada masalah dan boleh membantu penggiat filem tempatan termasuk sistem penjanaan imej berkomputer (CGI).

Menurutnya lagi, pihaknya juga menjelaskan kepada produksi bahawa filem bercorak kenegaraan "tidak ada nilai komersial" yang tinggi tetapi ia penting untuk didokumentasikan.

"Filem yang berjaya tidak semstinya dilihat dari sudut pulangan," katanya sambil menambah produksi negara maju tidak bergantung kepada kerajaan untuk mengadakan projek dengan mendapatkan palaburan daripada pihak swasta.

Ahmad Shabery berkata pihaknya juga menasihatkan kepada produksi drama atau filem supaya tidak terlalu mengharapkan bajet yang tinggi daripada syarikat TV kerajaan swasta atau kerajaan untuk menyiarkan hasil mereka.

Produksi berkenaan lebih perlu berfikiran jauh dengan memasarkan hasil mereka ke peringkat antarabangsa, katanya.

"Modal yang diberikan dijadikan modal untuk terbitan diluar negara. Buat untuk dalaman tapi dieksport luar," katanya sambil menambah negara Arab berminat untuk menyiarkan hasil dokumentari dan animasi daripada Malaysia.

Sumber.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah