Sabtu, 28 Disember 2013

Ganti pesta ambang tahun baru dengan solat hajat, tahlil @jamawijaafar @PUMFACEBOOK @umnoonline

PESTA sambutan ambang tahun baharu yang penuh dengan elemen hiburan, konsert dan bunga api tidak perlu dianjurkan sebaliknya lebih elok digantikan dengan majlis solat hajat dan tahlil.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, cukuplah jika diadakan Solat Hajat serta bacaan tahlil dan soa selamat di masjid-masjid seluruh negara.

"Begitu juga kepada agama-agama lain bolehlah mengadakan program di rumah ibadat masing-masing. Kalau kita tidak berubah, kita akan rebah," kata beliau dalam entri terbaharu akaun Facebook peribadinya hari ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam memaklumkan akan tetap mengadakan sambutan ambang tahun baru walaupun terdapat pihak yang mahu mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada malam tersebut.

Selain perhimpunan menggulingkan kerajaan pemimpin dan pengikut Pakatan Rakyat juga akan mengadakan perhimpunan bagi membantah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan diumum kerajaan yang menyebabkan peningkatan mendadak kos sara hidup.

Jamawi yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom berkata, rakyat Malaysia seharusnya berdoa supaya negara ini lebih aman dan makmur ekonominya pada alaf yang lebih mencabar. - MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah